HomeUtamaDUN Sabah : Inisiatif PoP hab gentian optik telah dilaksanakan di 59...

DUN Sabah : Inisiatif PoP hab gentian optik telah dilaksanakan di 59 buah sekolah di Sabah

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan inisiatif ‘Point of Presence’ (PoP) hab gentian optik di 59 buah sekolah di Sabah serta lapan lokasi industri di negeri ini telah siap dan beroperasi bagi fasa satu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pelaksanaan PoP itu adalah bagi meluaskan lagi pelaksanaan jalur lebar yang baik.

“Di bawah PoP Fasa Satu di Sabah, 59 buah sekolah serta lapan lokasi industri telah siap dan beroperasi. Kesinambungan daripada itu, PoP Fasa Dua yang melibatkan 636 buah sekolah di negeri Sabah sedang dalam pelaksanaan.

“Starlink, yang dilaksanakan oleh Sabah Net dengan inisiatif dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), bertujuan untuk menyediakan internet berkelajuan tinggi kepada kawasan-kawasan terpencil dan kurang mendapat liputan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub [Liawan] pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Arifin berkata, pihaknya akan turut memastikan akses internet yang stabil dan berkualiti dapat dirasai rakyat menerusi pemasangan 300 unit VSAT Starlink di pelbagai daerah.

Katanya ia termasuk di kawasan Pantai Barat, Pantai Timur, dan Pedalaman.

“Ini merupakan solusi interim sementara menunggu pelaksanaan JENDELA, yang mungkin mengambil masa untuk siap dan berkhidmat.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital dan menyediakan peluang yang sama dalam pembelajaran dan penggunaan digital kepada semua penduduk, tanpa mengira lokasi mereka,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Komuniti maritim diingatkan tingkat aspek keselamatan di laut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular