HomeUtamaDUN Sabah : 'Saya bukan pakar ekonomi, tapi saya ada buku tiga...

DUN Sabah : ‘Saya bukan pakar ekonomi, tapi saya ada buku tiga lima’ – Masidi

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan cuba untuk membuat yang terbaik dalam memastikan Sabah International Petroleum (SIP) dapat diselamatkan daripada terus menanggung beban hutang yang tinggi sebelum ini dan kembali mencatat keuntungan selepas ini.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, meskipun beliau bukan pakar ekonomi namun beliau ada ‘buku tiga lima’ yang boleh mengira satu campur satu.

Beliau menyatakan demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (WARISAN – Senallang) berhubung isu hutang RM900 juta yang ditanggung anak syarikat kerajaan negeri, SIP terhadap Bank Pembangunan Sabah (SDB).

Katanya, SIP menanggung kadar faedah hutang bank antara tujuh hingga lapan peratus, manakala melalui janaan sukuk kadar faedah yang dikenakan hanya empat peratus.

“Jadi, mana yang bagus? Ini matematik mudah, bank beri pinjaman dengan kadar faedah tujuh peratus, manakala ini (sukuk) empat peratus.

“Mana satu yang dipilih, ini logik yang mudah dan selagi SIP tidak bayar hutang kepada SDB dia tidak mampu mencatat keuntungan kerana hampir semua pendapatan  untuk bayar perkhidmatan pinjaman kepada SDB.

“Sangat mudah, saya bukan pakar ekonomi macam YB, tapi saya ada buku tiga lima (555) yang boleh kira satu campur satu, dua,” katanya.

Masidi turut menafikan kerajaan tiada kawalan terhadap syarikat itu seperti didakwa Shafie, selepas diambil alih SMJ Energy Sdn Bhd sebagai langkah menyelamatkan syarikat itu.

“Kata YB (Shafie) bagaimana tiada kawalan? Ada kerana SIP sudah menjadi anak syarikat SMJ Energy yang juga syarikat milik kerajaan, jadi ada kawalan, jangan bimbang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular