PENAMPANG: Masjid Baitul Rahman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah mula dibuka kepada jemaah mulai hari ini.
Pengerusi masjid tersebut, Jaafre Abd Rashid memaklumkan masjid yang mempunyai kapasiti 500 jemaah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan itu turut dilengkapi kemudahan asas seperti penghawa dingin, ruang solat muslimah, tempat wuduk dan sebagainya.
Beliau ditemui media selepas majlis perasmian masjid yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
Terdahulu, Pengarah Pengangkutan Jalan Sabah, Datuk Abdul Rahman Datuk Mohd Zakaria mengiringi Tun Juhar bersama kira-kira 100 jemaah menunaikan solat jumaat yang diimamkan Iman Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting dan khutbah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains), Datuk Saifulzaman. –PENERANGAN