HomeUtamaJauhi fitnah, kembalikan semangat 'aparu' - Masidi

Jauhi fitnah, kembalikan semangat ‘aparu’ – Masidi

Read Time:1 Minute, 24 Second

RANAU: Masyarakat Islam digesa mengutamakan perpaduan dan menjauhi amalan fitnah-memfitnah demi membentuk bangsa yang maju dan berdaya saing.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pemikiran sempit seperti itu harus dihentikan kerana ia boleh merosakkan keharmonian di kalangan masyarakat khususnya penduduk Ranau.

“Elaklah bersikap suka bercakaran dan suka memfitnah serta suka menuding jari di antara satu sama yang lain.

“Di sebaliknya, masyarakat Ranau seharusnya mencontohi sikap nenek moyang kita yang ‘aparu’ iaitu sikap kerajinan menanam padi dan semangat ini harus dikembalikan terutama dalam soal meningkatkan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Ranau Tahun 1446H/ 2024M.

Masidi berkata, semangat aparu tersebut sejajar dengan semangat hijrah yang menuntut umat untuk memperbaiki diri bagi mewujudkan sebuah bangsa yang aman, stabil dan makmur.

“Salah satu kelemahan masyarakat kita ialah kita sering membuat tohmahan, fitnah dan sebagainya sehingga boleh mengundang perpecahan umat Islam.

“Justeru, kita harus menghayati tema hijrah kita pada tahun ini bagi memastikan umat Islam di daerah ini tetap utuh,” katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Faimin Kamin telah dinobatkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah peringkat daerah Ranau 2024.

Datuk Faimin Kamin merakamkan gambar bersama isteri selepas beliau dinobatkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah peringkat daerah Ranau 2024.

Datuk Faimin Kimin juga merupakan bekas pegawai daerah Ranau, Presiden Persatuan Graduan Daerah Ranau dan kini dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Kewangan Sabah.

Turut hadir, Pegawai Daerah Ranau selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Tinus Manggam, Datuk Amisah Yassin (ADUN dilantik), Pegawai Pemantau Projek Parlimen Ranau, Dominik Kasuman mewakili Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, Ketua-Ketua Jabatan kerajaan Negeri, persekutuan para pemimpin masyarakat dan pelajar sekolah beragama Islam.

RELATED ARTICLES
Utama

IKMa komited bimbing koperasi dalam penggunaan teknologi AI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular