HomeUtamaSPRM Sabah tumpaskan sindiket 'pasport terbang', 3 anggota penguat kuasa ditahan

SPRM Sabah tumpaskan sindiket ‘pasport terbang’, 3 anggota penguat kuasa ditahan

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan pembaharuan pasport dalam Ops Fly baru-baru ini.

Risikan yang dijalankan selama sebulan telah berjaya membongkar sindiket ‘pasport terbang’ dengan penahanan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM300,000 daripada sindiket itu yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun 2023.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 40-an hingga 50-an dipercayai ditahan kira-kira jam 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

“Kesemua suspek yang ditahan dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2023 sehingga kini dan menerima wang rasuah kira-kira RM3,000 setiap seorang bagi seorang pemohon.

“Siasatan awal mendapati seramai 100 pemohon yang terlibat dan modus operandi adalah dengan memalsukan tandatangan penerima serta memanipulasi sistem cap jari pemohon di mana peraturan menetapkan pemohon perlu hadir sendiri di agensi untuk mengambil pasport yang telah diluluskan.

“Anggota penguat kuasa yang terlibat kemudian menyerahkan pasport kepada orang tengah tanpa kehadiran pemohon yang masih berada di luar negara,” katanya.

Kata sumber lagi, hasil siasatan menunjukkan penguat kuasa terbabit telah menerima wang rasuah daripada agen secara pindahan wang ke akaun bank milik salah seorang penguat kuasa yang kemudian mengagihkan kepada rakan-rakannya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, kesemua suspek akan di bawa ke Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah, esok bagi mendapatkan permohonan reman dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan mengenai kes ini akan dibuat.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular