HomeUtamaSeminar berkaitan masjid, zakat dan wakaf platform terbaik peserta kongsi pandangan

Seminar berkaitan masjid, zakat dan wakaf platform terbaik peserta kongsi pandangan

Read Time:1 Minute, 44 Second

Kota Kinabalu: Seminar berkaitan masjid, zakat dan wakaf mampu membantu mentransformasi dan membangunkan peranan tiga institusi berkenaan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, seminar itu juga menjadi medan percambahan idea yang baharu dan inovatif bagi mewujudkan kaedah pembaharuan teknologi dalam bidang pengurusan masjid, zakat dan wakaf.

“Saya berharap seminar ini dapat menyediakan platform kepada peserta untuk berkongsi maklumat, pandangan dan pengalaman dalam usaha transformasi dan membangun peranan masjid, zakat dan wakaf. 

“Seminar ini sebenarnya amat penting bagi membantu meningkatkan lagi kefahaman berkaitan pengurusan tiga institusi berkenaan.

“Justeru, saya amat mengharapkan agar seminar ini menjadi wadah perbahasan, pembentangan, perkongsian ilmiah berkaitan masjid, zakat dan wakaf sama ada dari segi teori mahupun praktikal.

“Hasil seminar ini diharapkan dapat membantu penambahbaikan dalam isu-isu berkaitan masjid, zakat dan wakaf di negeri ini, sekali gus memberi manfaat yang akan digunakan sebaiknya dalam meningkatkan institusi terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Seminar Antarabangsa Masjid, Zakat dan Wakaf 2024 (I-MAF 2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Seminar itu anjuran Masjid Al-Azhar Universiti Islam Selangor (UIS), Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dengan kerjasama PT Aslam Group International Indonesia, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS), Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi & Kewangan Islam (IRCIEF) dan Pusat Zakat & Wakaf (UIS) & Kuiscell Sdn Bhd.

Hajiji berkata, seminar yang julung kali diadakan itu akan memberi ilmu dan pengetahuan yang terbaik terutama kepada pentadbir-pentadbir masjid dan institusi- institusi berkaitan agama Islam di negeri ini.

“Sudah pasti perkongsian ilmu dalam seminar ini akan menambah baik pengurusan berkaitan masjid, zakat dan wakaf ke arah lebih profesional dan efesien. Masjid, zakat dan wakaf merupakan elemen yang sangat penting dalam pembangunan insan, masyarakat, negeri dan ummah.

“Ketiga-tiga institusi ini saling berkait antara satu sama lain, justeru kesepaduan fungsi antara masjid, zakat dan wakaf menjadi titik noktah ke arah mewujudkan jalinan hubungan dan kerjasama mampan antara ketiga-tiga institusi berkenaan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular