HomeUtamaStok Beras Negara Ditingkatkan Kepada 290,000 Tan

Stok Beras Negara Ditingkatkan Kepada 290,000 Tan

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Jumlah simpanan stok beras negara akan ditingkatkan kepada 290,000 tan metrik secara berperingkat menjelang tahun 2023.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kos penambahan stokpail beras negara sebanyak RM250 juta itu akan ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang telah diamanahkan menguruskan stokpail beras negara.

“Ia adalah selaras dengan terma Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Malaysia dan BERNAS pada Disember 2020.  Menjelang akhir tahun ini, BERNAS juga akan meningkatkan jumlah pegangan stokpail beras negara dari 150,000 tan kepada 200,000 tan metrik.

“Penambahan ini adalah untuk memastikan stok simpanan beras negara sentiasa mencukupi dan boleh menampung sebarang keperluan atau permintaan luar jangka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media sempena Lawatan Pemeriksaan Menteri Pertanian dan Industri Makanan ke Gudang Stokpail Negara Zon Sabah, disini hari ini.

Ronald turut memaklumkan lawatan pemeriksaan berkala akan sentiasa dibuat dari masa ke semasa di semua lokasi penyimpanan stokpail meliputi zon semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Terdapat 3 gudang simpanan beras yang berada di Sabah dari jumlah keseluruhan 31 gudang stokpail beras seluruh negara.

“Simpanan stok-stok beras ini akan sentiasa dipantau oleh kementerian bagi memastikan ia berada dalam keadaan yang baik dan setiap enam bulan, pihak BERNAS akan menggantikan stok simpanan beras ini dengan stok yang baharu.

“Kerajaan akan terus memastikan operasi industri padi dan beras serta rantaiannya sentiasa lancar dalam usaha menjamin kelangsungan bekalan makanan ruji negara,” katanya lagi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Azman Mahmood./PENERANGAN-

RELATED ARTICLES
Utama

JUM bantu usahawan muda Membakut tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular