HomeUtamaBeaufort alami cuaca panas tahap berjaga-jaga

Beaufort alami cuaca panas tahap berjaga-jaga

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Beaufort menjadi kawasan di Sabah yang dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, selain Beaufort di negeri ini, tiga lagi kawasan di Semenanjung turut dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga.

Selain itu, MetMalaysia turut memaklumkan tujuh lagi kawasan di Sarawak turut mengalami cuaca panas yang sama.

“Bagi kawasan di Semenanjung, tiga kawasan berada pada Tahap Satu (Berjaga-Jaga) iaitu Larut dan Matang di  Perak, Kuala Muda di Kedah dan Kuala Krai di Kelantan.

“Manakala tujuh lagi kawasan di Sarawak yang mengalami cuaca panas adalah di Miri, Marudi, Sibu, Kapit, Lubok Antu, Sri Aman dan Kuching,” menurut kenyataan itu di sini.

Kawasan yang mengalami cuaca panas Tahap Satu itu direkodkan setakat jam 4 petang tadi.

Tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca
Utama

Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular