HomeUtamaKerajaan Malaysia terus pertahan kedaulatan Sabah

Kerajaan Malaysia terus pertahan kedaulatan Sabah

Read Time:52 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Malaysia menegaskan pendirian bahawa Sabah sentiasa merupakan sebahagian penting daripada Malaysia selain kedaulatan negeri itu terus terjaga.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Malaysia juga tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf mana-mana tuntutan ke atas Sabah.

“Kementerian Luar Negeri mengambil maklum mengenai penularan satu video di media sosial yang mengandungi konten tidak berasas dan mengelirukan yang mempertikaikan kedaulatan negeri Sabah sebagai sebahagian penting daripada Malaysia. 

“Kementerian ini sedang menjalankan siasatan secara mendalam dengan kerjasama Kementerian serta Agensi berkenaan berhubung perkara ini,” menurut kenyataan itu di sini.

Kenyataan itu turut berkata, Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Tambah kenyataan itu lagi, rakyat Sabah telah melaksanakan hak penentuan nasib sendiri (self-determination) berhubung pembentukan Malaysia menerusi Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962.

“Kerajaan Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian penting daripada Malaysia dan memastikan agar kedaulatan, keutuhan wilayah dan kepentingan negara sentiasa dilindungi pada setiap masa,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Komuniti maritim diingatkan tingkat aspek keselamatan di laut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular