HomeIsu tempatanDBKK sita tiga kenderaan, berniaga secara haram sekitar KK

DBKK sita tiga kenderaan, berniaga secara haram sekitar KK

Read Time:49 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyita tiga buah kenderaan yang berniaga secara haram di sekitar Pasar Besar Kota Kinabalu di sini baru-baru ini.

Kenderaan yang disita termasuk barangan niaga itu telah dijalankan dalam satu operasi tindakan khas oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKK bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Operasi yang bermula sekitar 11 malam itu diketuai  Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK, Robert B. Lipon dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKK, Mohd. Hanif Abdullah. 

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, pemantauan dan pemeriksaan telah digerakkan oleh 35 anggota penguat kuasa DBKK bersama lima anggota PDRM.

Menurut kenyataan itu, antara lokasi yang diberi tumpuan adalah kawasan tempat letak kereta pasar besar.

“Pasar Besar Kota Kinabalu yang menjadi destinasi tumpuan pengunjung wajar dipastikan berjalan dengan teratur dan mengikut sistem operasi yang ditetapkan.

“Tindakan mengeluarkan notis kesalahan serta sitaan akan diambil ke atas penjaja yang didapati gagal mematuhi peraturan ditetapkan, bagi membendung aktiviti penjaja dari terus berleluasa,” menurut kenyataan itu di sini. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular