HomeUtamaSabah tuan rumah Sambutan Hari Malaysia 2024

Sabah tuan rumah Sambutan Hari Malaysia 2024

Read Time:44 Second

Kota Kinabalu: Sabah akan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Malaysia peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Padang Merdeka  Kota Kinabalu pada tahun ini.

Lokasi tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil.1/2024 yang dipengerusikan bersama Kementerian Komunikasi (KK) dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) di Wisma Tun Fuad, Kota Kinabalu.

Dalam mesyuarat berkenaan KK diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Mohamad Fauzi Md Isa manakala KePKAS pula diwakili Setiausaha Tetap Kementerian, Josie Lai.

Mesyuarat itu turut disertai oleh ahli jawatankuasa lain antaranya Jabatan Penerangan Malaysia, Polis Di- Raja Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta Bahagian Istiadat dan Protokol Negeri.

Sambutan Hari Malaysia 2024 akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di samping kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Open pada 16 September depan.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular