HomeUtamaProgram outreach Ketua Menteri santuni peniaga muda sasar 5,000 peniaga

Program outreach Ketua Menteri santuni peniaga muda sasar 5,000 peniaga

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu: Seramai 1,300 usahawan muda di negeri ini telah menerima sumbangan kewangan sekali bayar berjumlah RM500 menerusi Program Outreach Ketua Menteri Santuni Peniaga Muda.

Penerima sumbangan itu adalah terdiri daripada usahawan berusia 18 hingga 40 tahun yang mempunyai lesen perniagaan dan berniaga di pasar-pasar malam seluruh negeri.

Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri Sabah Azrul Ibrahim berkata, program itu turut menyasarkan dan akan menjejaki 5,000 usahawan muda di negeri ini sebagai penerima sumbangan.

Katanya, sumbangan Kerajaan negeri ini adalah sebagai tanda kebersamaan sekaligus menyuntik semangat penerima untuk mencipta lebih luas perniagaan.

“Program ini merupakan ilham daripada Ketua Menteri sendiri untuk kita santuni peniaga muda, penjaja kecil-kecilan khususnya yang berniaga di pasar malam seluruh negeri Sabah.

“Kita bekerjasama dengan NGO dan juga komuniti setempat untuk mengenalpasti peniaga-peniaga terlibat untuk kita pastikan sumbangan daripada kerajaan negeri itu sampai kepada sasaran yang tepat.

“Alhamdulillah dalam tempoh sebulan ini kita telah berjaya jejaki dan kita telah berjaya santuni hampir 1,300 orang peniaga muda yang saya maksudkan tadi kita sampaikan sumbangan daripada kerajaan khususnya daripada Ketua Menteri untuk mereka gunakan dana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada peniafa terlibat di Pasar Malam Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Azrul berkata, sumbangan yang disalurkan itu diyakini akan dapat memberi suntikan modal bagi membeli mesen tertentu atau sebagai sumber bagi menambah jualan para usahawan.

Katanya, pihaknya menjangkakan program itu akan dijalankan sehingga hujung tahun selain telah menjelajah ke Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Kota Belud, Papar dan beberapa kawasan di Kota Kinabalu.

“Selepas ini kita akan ke utara negeri, selatan dan juga pedalaman kemudian barulah kita habiskan di kawasan Tawau Semporna dan kawasan sekitar pantai timur Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Azrul berkata, program itu juga merupakan salah satu peluang untuk pihaknya mendengar aspirasi para peniaga muda yang boleh diketengahkan kepada Kerajaan negeri.

“Ini juga merupakan langkah konkrit untuk membantu usahawan-usahawan khususnya yang muda di seluruh negeri Sabah melalui program seperti ini dan ada banyak lagi sebenarnya insentif yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan usahawan dalam konteks perniagaan.

“Contohnya Syabas yang menyasarkan peniaga-peniaga muda seluruh negeri Sabah yang memulakan perniagaan, yang mengembangkan perniagaan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular