HomeUtamaSemua Pemandu,Pembantu & Petugas Kenderaan Awam Perlu Lengkap Vaksinasi

Semua Pemandu,Pembantu & Petugas Kenderaan Awam Perlu Lengkap Vaksinasi

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Semua pemandu dan pembantu serta petugas kenderaan awam seperti bas henti-henti dan bas sekolah, teksi serta perkhidmatan e-hailing hendaklah lengap divaksin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, syarat tambahan ini akan mula dikuatkuasakan secara ketat mulai 16 September ini.

“Ini adalah syarat tambahan baharu kepada syarat-syarat sedia ada dalam prosedur standard operasi (SOP) yang sedang berkuatkuasa, antaranya ialah pematuhan penjarakan fizikal di dalam kenderaan tersebut serta pemakaian pelitup muka.

“Selain itu, adalah juga diingatkan kembali bahawa semua perkhidmatan bas henti-henti dihadkan ke kapasiti 50 peratus sahaja, manakala untuk teksi dan e-hailingpula dihadkan maksimum hanya dua orang termasuk pemandu,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sebanyak empat lokaliti di negeri ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Rabu ini hingga 21 September.

Katanya, PKPD di negeri ini membabitkan Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi, Kota Belud; Kampung Pahu Pinawantai, Ranau serta Kampung Mompilis, Matunggong, Kudat.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya.

Masidi berkata, PKPD di Sabah membabitkan Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau dan Taman Limauan, Kinarut, Papar yang sepatutnya tamat hari ini akan dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 21 September.

Katanya, sebanyak 18 lokaliti yang sebelum ini dikenakan PKPD akan ditamatkan esok mengikut jadual.

“Ia membabitkan Kampung Kota Tuaran, Tuaran; Taman Kinarut Ria dan Kampung Mondikot masing-masing di Papar serta Ladang Mawang, Kalabakan.

“Lokaliti di Penampang pula di Delta Height, Kampung Sindaanan, Rainfield Garden dan Maju Kota Light Industry, Jalan Lama Penampang, selain Kem Sawmill (kilang papan) Mengayam Sri Arjuna, Sipitang.

“Di Tawau, Taman Ranggu Saujana; Kampung Sungai Tamang, Pulau Sebatik dan Kampung Tanjung Batu Laut, Logpon, manakala di Kinabatangan di Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis dan Ladang Sungai Pin,” katanya.

Katanya, lokaliti di Lahad Datu pula Perumahan Ladang FELDA Sahabat 55 dan Taman Pertama Satu.

“Kita juga tamatkan PKPD di Kampung Manggaris 2, Kota Maradu, Sabah hari ini lebih awal daripada dijadual pada Sabtu ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular