HomeSukanSUKMA 2024 : Bola Sepak wanita Sabah bertemu Wilayah Persekutuan esok

SUKMA 2024 : Bola Sepak wanita Sabah bertemu Wilayah Persekutuan esok

Read Time:58 Second

Kuching: Pasukan bola sepak wanita Sabah akan berdepan Wilayah Persekutuan pada perlawanan separuh akhir di Stadium Negeri di sini esok.

Ini selepas Sabah dan Pahang masing-masing mengumpul empat mata dengan empat jaringan dan satu bolos diperingkat kumpulan.

Situasi itu membawa kepada penentuan sepakan penalti antara kedua-dua negeri itu pagi tadi.

Sepakan penalti yang berlarutan sehingga tujuh pemain bagi setiap pasukan itu berpihak kepada Sabah dengan keputusan 5-4 untuk mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A.

Saingan peringkat  kumpulan berakhir semalam.

Pertemuan antara Sabah dan Pahang berkesudahan seri 1-1 manakala kedua-duanya menang 3-0 ke atas Sarawak.

Ketua jurulatih, Peteronella Douny bekata, kemenangan pada penentuan sepakan penalti itu  adalah tambahan suntikan semangat buat pemain menghadapi Wilayah Persekutuan pada perlawanan separuh akhir di venue sama petang esok.

“Sebenarnya saya tidak kisah siapa lawan di separuh akhir tetapi menang sepakan penalti ini adalah tambahan suntikan semangat buat kami.

“Kami akan cuba yang terbaik. Pemain juga dalam keadaan baik…tiada kecederaan atau digantung perlawanan, jadi saya boleh senaraikan barisan terbaik. Harap-harap percaturan kami menjadi,” katanya.

Skuad bola sepak wanita adalah antara sandaran emas Sabah di SUKMA ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular