HomeUtamaSabah Durian Tourism Bazaar bantu tingkat sektor agropelancongan

Sabah Durian Tourism Bazaar bantu tingkat sektor agropelancongan

Read Time:1 Minute, 25 Second

Keningau: Penganjuran Sabah Durian Tourism Bazaar 2024 dilihat mampu membantu meningkatkan lagi sektor agropelancongan di Sabah khususnya di daerah ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, ‘Durian Tourism’ atau pelancongan durian merupakan satu segmen yang telah berjaya menarik minat pelancong domestik dan antarabangsa, terutamanya dari negara China dan negara-negara ASEAN.

Katanya, antara objektif penganjuran acara ini adalah untuk menggalakkan lebih banyak pengusaha agro berkecimpung dalam agropelancongan.

“Penglibatan dalam agropelancongan bukan sahaja membantu meningkatkan sumber pendapatan malah menjadi platform pertukaran maklumat kepada para pengunjung sekali gus meningkatkan potensi segmen pelancongan ini di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sabah Durian Tourism Bazaar di The Durian Valley Jalan Ansip di sini semalam.

Sepanjang festival, sebanyak 31 buah gerai jualan durian, buah-buahan, makanan dan minuman hasil pengusaha agro dan peniaga kecil dari daerah-daerah di Sabah turut mengambil bahagian dalam program selama dua hari itu.

Program itu dianjurkan Tourism Malaysia Sabah dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah (STB), MATTA Sabah Chapter dan Persatuan Pengusaha Durian dan Buah-buahan Tropika Sabah (MaSDa).

Sementara itu, Presiden MaSDa Duane Evans berkata, pelbagai program tambahan dilaksanakan bagi menarik pengunjung ke bazaar itu seperti pertandingan Durian Race, pertandingan mewarna dan melukis kanak-kanak, pertandingan dekorasi kek kreatif serta persembahan kebudayaan dan muzik.

Penganjuran acara Sabah Durian Tourism Bazaar 2024 merupakan kesinambungan kepada pelancaran pakej agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 pada 27 Jun 2024  di Broga  Orchard  Hill  Lenggeng,  Negeri  Sembilan. 

Sebanyak  62  pakej agropelancongan Durian Tourism telah dibangunkan menerusi kerjasama dengan 27 pengendali pelancongan tempatan. Pakej-pakej yang ditawarkan meliputi negeri Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang dan Kelantan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Agong Lawat China: Usaha Tarik Pelaburan Bagi Projek Kereta Api Johor-Singapura

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular