HomeUtamaProjek TAED Fokus Lebih Banyak Ruang Untuk Orang Awam

Projek TAED Fokus Lebih Banyak Ruang Untuk Orang Awam

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Projek Tanjung Aru Eco Development (TAED) akan disemak semula merangkumi ciri-ciri memfokuskan dan menyediakan lebih banyak kebolehcapaian ruang kepada orang awam.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata pantai Tanjung Aru yang menjadi ikonik dan Taman Prince Philip akan dijaga dan diperbaiki serta diperindah agar orang ramai dapat pergi menikmati keindahan di kawasan tersebut.

“Pembangunan baru akan memastikan kelestarian dikekalkan dan mengambilkira inisiatif hijau, ”kata Hajiji semasa mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah TAED pertamanya di Pusat Pertadbiran Negeri Sabah di sini pada Selasa.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga memutuskan tidak akan ada sebarang kos yang ditanggung oleh kerajaan dan semua projek TAED bukan sahaja harus berdaya maju dari segi kewangan, ekonomi dan sosial tetapi juga dibiayai sepenuhnya oleh pelabur yang disetujui oleh kerajaan.

“Kita mesti ingat bahawa selain keuntungan wang, yang sama pentingnya adalah pulangan ekonomi dan sosial. Ini termasuk jumlah pekerjaan dan peluang perniagaan yang akan dicipta oleh TAED dan sumbangannya kepada pembangunan sektor pelancongan, “katanya.

Menurut Hajiji, beberapa syarikat telah menyatakan minatnya terhadap TAED dan antaranya adalah syarikat berkaitan Kerajaan China, China Railway Construction Company International Investment Group Ltd melalui syarikat usahasama tempatannya, Mesra Melia Sdn Bhd.

Hajiji turut menyatakan bahawa setelah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih pada September tahun lalu, GRS telah memutuskan bahawa projek TAED akan dilanjutkan setelah semakan dibuat untuk mengurangkan skala pelaksanaannya.

Sementara itu, Lembaga TAED juga memutuskan untuk mengecualikan dua sekolah iaitu SK Tanjung Aru I dan SK Tanjung Aru II dari pembangunan tersebut.

Dalam Pelan Pembangunan Induk sebelumnya, diusulkan agar sekolah-sekolah tersebut berpindah ke Kampung Tanjung Aru yang akan melibatkan pengambilan tanah.

RELATED ARTICLES
Utama

Memacu Sabah ke Persada Dunia: Acara Antarabangsa dan Inisiatif Pelancongan Baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular