HomeUtamaMaxim kongsi keceriaan Kemerdekaan bersama anak yatim, asnaf di Sabah

Maxim kongsi keceriaan Kemerdekaan bersama anak yatim, asnaf di Sabah

Read Time:2 Minute, 29 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2024 tahun ini, Maxim E-hailing berkongsi keceriaan meraikan bersama penghuni rumah anak-anak yatim dan asnaf di Sabah.

Antaranya rumah anak yatim di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.

Pasukan dari Maxim di Kota Kinabalu diketuai oleh Ketua Bahagian Maxim Sabah, Nazrin Muis menyumbangkan barangan keperluan dan beberapa aktiviti untuk mengukir senyuman penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah di Taman Pantai Lok Kawi di sini, hari ini.

Pemandu dan pekerja Maxim meluangkan lebih kurang setengah hari bersama dengan anak yatim.

Keseluruhan lebih kurang 150 anak yatim yang menikmati kegembiraan bersama Maxim sempena hari keramat negara Malaysia hari ini.

Maxim bersama penghuni Rumah Anak Yatim & Asnaf As Sakinah, Taman Pantai Lok Kawi.

Azrin berkata, selain berkongsi kegembiraan, sumbangan lain juga dikongsi bersama, dan ianya berdasarkan keperluan pihak pengurusan anak yatim tersebut seperti bekalan makanan, alat tulis, buku, dan peralatan eletronik.

“Kami sudah biasa bertanya khabar dengan rumah kebajikan dan rumah anak yatim.

“Ini kerana kami memilih mereka secara praktikal setiap tahun untuk memperingati kemeriahan setiap kali menyambut hari kemerdekaan negara kita.

“Kali ini, kami ingin mencipta kenangan indah sambil turut menyalurkan sokongan penting kepada kompleks rumah anak yatim ini, selain bermain permainan mini yang menyeronokkan,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Ray & Asnaf As Sakinah, Ahmadie Andan turut meluahkan rasa kegembiraan kerana memilih Ray As Sakinah untuk berkongsi kemeriahan Hari Kemerdekaan sekaligus menyokong Maxim dalam melaksanakan program positif untuk masyarakat.

“Anak-anak adalah aset masa depan, kita perlu menjaga hak mereka seperti pendidikan dan memberi sokongan dari segi keperluan dan emosi.

“Saya menghargai inisiatif program dari Maxim hari ini, kerana ini akan membantu mengembangkan pengetahuan mereka dan pada masa yang sama membawa senyuman.

“Program ini sangat hebat, kerana semua orang menikmatinya terutama sejak ia dijalankan pada Hari Kemerdekaa,” katanya.

Dalam pada itu, Maxim E-hailing turut menyertai Perarakan Merdeka 2024 dengan bendera Malaysia yang mereka perolehi secara percuma daripada pengurusan.

Ia menaikkan semangat kemerdekaan, pada masa yang sama mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan untuk Maxim dan pemandu rakan kongsi.

Aktiviti ini telah menjadi tradisi untuk syarikat itu berguna untuk masyarakat dan mereka yang memerlukan.

Keterujaan dapat dilihat pada wajah kanak-kanak penghuni Ray & Asnaf As Sakinah semasa aktiviti berlangsung.

Papan ular gergasi menjadi tumpuan utama yang membawa kegembiraan, terutamanya apabila permainan antara anak yatim dan pengurusan Maxim.

Bukan itu sahaja, malah wakil dari Maxim turut berkongsi ilmu tentang keselamatan jalan raya, mengajar tentang cara melintas jalan, mengenali papan tanda di jalan raya dan pelbagai lagi.

Menurut Ahmadie, Kompleks ataupun rumah baharu As Sakinah yang menempatkan 35 anak-anak yatim dan asnaf, baharu sahaja siap sepenuhnya pada sebulan yang lalu.

Kompleks yang menelan kos kira-kira RM3.2 juta itu dibiayai sepenuhnya oleh Tabung Rumah As- Sakinah, ia adalah hasil daripada sumbangan individu-individu yang berminat.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey menyempurnakan Majlis Upacara Pecah Tanah Tapak Kompleks Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah pada 10 Mac 2023.

RELATED ARTICLES
Utama

Mesyuarat berhubung isu GISBH di Sabah diadakan bulan depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular