HomeIsu tempatanKejayaan dalam peperiksaan penting untuk terus melangkah peringkat lebih tinggi

Kejayaan dalam peperiksaan penting untuk terus melangkah peringkat lebih tinggi

Read Time:1 Minute, 20 Second

Semporna : Kejayaan cemerlang pelajar dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah penting bagi meneruskan cita-cita menuntut ilmu diperingkat yang lebih tinggi.

Focal Person Kebangsaan Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, keputusan yang dicapai merupakan satu ‘tiket’ bagi melayakkan seseorang pelajar untuk memasuki institut pengajian tinggi (IPT) awam mahupun swasta.

“Hanya pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang sahaja akan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke universiti daripada ribuan yang memohon. Di universiti anda akan meneruskan pengajian pada peringkat diploma mahupun ijazah.

“Kemudiannya ke peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang pilihan masing-masing. Bagi pelajar-pelajar yang sangat cemerlang mereka akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di universiti ternama di luar negara dengan mendapat penajaan pengajian sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pihak swasta.

“Sesetengah daripada mereka yang ditaja akan terus ditawarkan pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis graduasi tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Panglima Abdullah Semporna di sini baru-baru ini.

Mohammad Arif berkata, pelajar juga bertanggungjawab untuk turut sama membantu merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan iaitu untuk meningkatkan pengetahuan dan penguasaan dalam ilmu sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat bumiputera.

Katanya, atlamat ini perlu dicapai agar para pelajar mampu menjadi modal insan kelas pertama seperti yang diharapkan demi kemakmuran dan kesejahteraan negara.

“Dalam dunia yang semakin global, kita memerlukan modal insan yang mahir dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan terutamanya ilmu sains dan teknologi.

“Penguasaan ilmu sains dan teknologi yang kini menerobos kepada elemen AI atau kecederasan buatan teknologi akan dapat meningkatkan daya saing negara di peringkat global bagi menghadapi persaingan yang semakin sengit,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Aura Ustaz Abdul Somad tarik perhatian 10,000 umat Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular