HomeIsu tempatanPembukaan gelanggang PSSCHG Kampung Pelakat sediakan kemudahan tempat latihan pesilat di Sipitang

Pembukaan gelanggang PSSCHG Kampung Pelakat sediakan kemudahan tempat latihan pesilat di Sipitang

Read Time:51 Second

Sipitang: Pembukaan Gelanggang Persatuan Seni Silat Cekam Harimau Ghaib (PSSCHG) Cabang Kampung Pelakat di sini tepat pada masanya dalam menyediakan kemudahan latihan kepada peminat sukan silat di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berharap dengan adanya kemudahan ini dapat mengasah bakat pesilat-pesilat muda untuk dapat bersaing di peringkat lebih tinggi.

Katanya, acara silat merupakan salah satu acara sukan yang termasuk dalam beberapa kejohanan antarabangsa dan dunia.

“Saya menyokong usaha pembukaan gelanggang ini sebagai satu aktiviti yang ada matlamat tersendiri,” katanya ketika merasmikan Gelanggang PSSCHG Cabang Kampung Pelakat, semalam.

Hadir sama, YDP PSSCHG Labuan Mohammad Khairul Abd Ghani, Pengerusi PSSCHG Labuan Aziz Jaafar dan Pengerusi Gelanggang PSSCHG Kampung Pelakat Tamin@Roy Yacob.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, penting bagi pemimpin atau ketua badan-badan persatuan harus mengambil peranan maaing-masing membawa ahli khususnya golongan muda dalam aktiviti yang sihat.

Katanya, ini memerlukan pemimpin setiap persatuan harus fokus dalam memastikan persatuan mereka aktif dan melaksanakan aktiviti yang bermanfaat kepada ahlinya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Aura Ustaz Abdul Somad tarik perhatian 10,000 umat Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular