HomeIsu tempatan98 beg darah berjaya dikutip pada Program Derma Darah

98 beg darah berjaya dikutip pada Program Derma Darah

Read Time:1 Minute, 21 Second

Beaufort : Sebanyak 98 beg darah berjaya dikutip pada Program Derma Darah anjuran P.P.A.B Lung Hwa Lumat, Beaufort yang diadakan di Dewan Terbuka Tokong Lung Hwa, Beaufort di sini.

Pengerusinya, Koh See King berkata, sambutan amat menggalakkan dari masyarakat sekitar khususnya  Beaufort, Membakut dan Kuala Penyu.

Katanya, program itu turut mendapat sokongan dari pasukan badan beruniform antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort serta anggota petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di Beaufort.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang hadir, pada program yang diadakan kali kedua ini dan sambutan amatlah menggalakkan, dari penduduk sekitar,” katanya.

P.P.A.B Lung Hwa Lumat merupakan badan yang bertanggung jawab menguruskan Tokong Lung Hwa yang merupakan salah satu tarikan terbaru di Beaufort yang bukan sahaja menjadi tempat mengadakan upacara keagamaan bagi penganut agama Buddha, malah turut menjadi tarikan terbaru kepada pelancong untuk melawat kerana keindahan dan keunikan struktur bangunannya.

Koh berkata, program derma darah yang diadakan itu adalah sebagai program khidmat masyarakat persatuan itu, atas dasar untuk membantu bekalan darah bagi hospital dan pesakit.

“Ini yang pastinya adalah sebagai permulaan kepelbagaian program-program kemasyarakatan yang akan dianjurkan di masa akan datang.

“Saya melihat program derma darah ini adalah sebagai program yang akan dimasukkan dalam kalendar aktiviti persatuan pada tahun hadapan lagi, setelah melihat sambutan penderma darah yang menggalakkan,” katanya.

Pada program kali ini, P.P.A.B Lung Hwa mendapat kerjasama dari Tabung Darah Hospital Beaufort, Tabung Darah Hospital Kuala Penyu, Hospital Papar, Persatuan Persahabatan Hung Men Beaufort dan penyedia makanan kepada para penderma dan petugas dari Skuad Ar-Rayyan Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peniaga kecil, sederhana dipelawa sertai EKSES 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular