HomeUtamaPolis Sahkan 3 Mangsa cedera dalam Kejadian Serangan Memerang di Taman Rekreasi

Polis Sahkan 3 Mangsa cedera dalam Kejadian Serangan Memerang di Taman Rekreasi

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU — Polis Daerah ini memaklumkan telah menerima maklumat berkaitan serangan memerang di salah sebuah taman rekreasi di Kota Kinabalu pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim bin Muda berkata , Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 6:40 pagi itu tiga individu dilaporkan telah diserang oleh sekumpulan memerang ketika sedang berjoging.

Mangsa terdiri daripada dua wanita berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berusia 56 tahun telah diserang secara tiba-tiba dari arah belakang oleh haiwan liar tersebut katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut ACP Kasim lagi,  Akibat serangan ganas itu, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan akibat gigitan dan cakaran di bahagian kaki, tangan, dan kepala.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk berhati-hati dan segera melaporkan sebarang insiden serupa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dan memenita orang ramai yang sering berkunjung ke taman rekreasi dinasihatkan untuk lebih waspada dengan kehadiran haiwan liar, terutamanya pada waktu awal pagi atau lewat petang.

Walaubagaimanapun pihaknya masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mangsa berhubung insiden ini.

Dalam pada itu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut  mengeluarkan notis pemakluman kepada pengusaha Taman Perdana Tanjung Aru di sini agar menutup operasi taman tersebut serta-merta.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular