HomeUtamaPICK : JKNS Seru Penduduk Sabah Yang Belum Terima Vaksinasi Untuk Hadir...

PICK : JKNS Seru Penduduk Sabah Yang Belum Terima Vaksinasi Untuk Hadir Ke PPV Secara ‘Walk-In’

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menyeru penduduk dewasa di Sabah yang belum menerima vaksin COVID-19 untuk hadir secara terus (walk-in) ke mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Rose Nani Mudin berkata, bagi penduduk yang tinggal dikawasan pedalaman atau sukar dicapai digalakkan untuk datang ke program jangkauan luar di kawasan terlibat untuk vaksinasi COVID-19.

“Bagi mencapai imuniti kelompok di negeri ini, seramai 1,023,782 penduduk lagi yang perlu divaksinasi di negeri Sabah.

“Vaksin yang diberikan oleh kerajaan adalah percuma untuk semua, tidak kira sama ada warganegara atau bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dr Rose Nani berkata, penduduk tanpa dokumen juga diminta untuk hadir mendapatkan vaksinasi dengan segera dan tiada caj akan dikenakan untuk perkhidmatan vaksinasi.

Katanya, terdapat mesej di media sosial yang tidak benar dan tular iaitu mengatakan pemberian vaksin dikenakan bayaran.

“Disamping itu, terdapat juga pihak menakutkan penduduk bukan warganegara dengan mengatakan mereka ditahan oleh pihak berkuasa semasa mengambil vaksin, perkara ini adalah tidak benar.

“Tujuan utama pemberian pemberian vaksin kepada semua adalah bagi memastikan semua penduduk yang tinggal di Sabah adalah selamat dari jangkitan COVID-19,” katanya.

Dalam pada itu, sehingga semalam, Dr Rose Nani berkata, sejumlah 1,756,864 orang atau 63.7 peratus populasi dewasa telah menerima vaksin dos pertama manakala 1,297,253 orang atau 47 peratus populasi dewasa telah lengkap imunisasi.

Katanya, sasaran Sabah adalah untuk mencapai 80 peratus dos pertama dan kedua sebanyak 60 peratus penghujung bulan ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya