HomeUtamaSESB laksana penggunaan meter pintar secara berperingkat

SESB laksana penggunaan meter pintar secara berperingkat

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan penggunaan meter pintar yang dilengkapi teknologi terkini bagi menambah baik kualiti perkhidmatan kepada pengguna di Sabah dan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata, meter baharu itu akan dapat mendorong pengguna untuk menggunakan elektrik dengan lebih berkesan dan jimat tenaga.

Katanya, menerusi penggunaan meter pintar itu, pengguna akan dapat merancang jumlah atau had penggunaan elektrik secara bulanan dan akan menerima notifikasi apabila jumlah bil sasaran bulanan telah mencapai had yang ditetapkan.

“Ciri-ciri baharu ini adalah bertepatan dan bersesuaian dengan usaha SESB bagi mendukung dan merealisasikan hasrat kerajaan memberi manfaat kepada kepada rakyat dengan memperkasakan bidang ekonomi digital.

“Projek Meter Pintar ini akan dilaksanakan secara berperingkat di mana pemasangan Fasa satu adalah sebanyak 6,497 unit yang melibatkan pengguna daripada Kategori Pengguna Kuasa Tinggi dan pemegang akaun Feed-in-Tariff (FiT).

“Sebanyak 60 unit akan dipasang dalam tempoh dua bulan fasa percubaan ini dengan mensasarkan pengguna yang telah dipilih untuk memastikan sistem dan operasi pengebilan lancar.

“Manakala baki 6,437 unit lagi akan dilaksanakan sebaik sahaja fasa percubaan  mencapai  objektif pelaksanaan projek ini,” katanya.

Mohd Yaakob berkata, Fasa Dua projek ini akan dilaksanakan pada 2025 dan mensasarkan pengguna domestik di Bandaraya Kota Kinabalu dan Labuan selari dengan tema KK Smart City dan WP Labuan Smart Island. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular