HomeUtamaPesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

Read Time:1 Minute, 7 Second

Keningau : Pesta Tanglung dan Hari Malaysia menjadi platform penting dalam menyemai perpaduan kaum, malah menyemarak semangat cinta negara.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, rakyat khususnya di negeri ni juga diseru untuk terus bersatu padu dan saling bekerjasama dalam membina masyarakat Malaysia yang lebih aman dan makmur.

Katanya, ia dapat ditonjolkan menerusi penganjuran serentak Majlis Sambutan Pesta Tanglung dan Hari Malaysia dalm satu majlis.

“Bertepatan dengan tema kemerdekaan kali ini ‘Malaysia Madani, Jiwa Merdeka’ adalah menjadi kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia untuk terus bersatu hati dengan saling hormat-menghormati.

“Selain mengamalkan sikap toleransi tanpa mengira kaum, agama dan ideologi yang berbeza dalam mempertahankan perpaduan dan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Malaysia dan Pesta Tanglung 2024 di Dewan Yap SJK (C) Cheng Ming Kampung Ansip Tengah, di sini hari ini.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, sambutan yang dirayakan itu amat bersejarah dengan tarikh keramat 16 September iaitu Hari Malaysia.

“Tanggal 16 September 1963 merupakan tarikh keramat bagi persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

“Tarikh tersebut merupakan peristiwa penting yang mana berlakunya pengisytiharan penubuhan Malaysia menjadi sebuah negara baharu.

“Justeru itu, adalah penting bagi kita semua rakyat Malaysia untuk meraikan hari keramat itu bagi mengenang perjuangan pemimpin-pemimpin dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular