HomeUtamaBBP perlu dibina di Tongod, bantu percepat tindakan kecemasan

BBP perlu dibina di Tongod, bantu percepat tindakan kecemasan

Read Time:1 Minute, 25 Second

Tongod: Sebuah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di daerah ini dilihat perlu dibina bagi membantu mempercepatkan lagi tindakan sekiranya berlaku kecemasan khususnya melibatkan kebakaran dan bencana alam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, meskipun kawasan itu tidak termasuk dalam zon cadangan BBP namun perhubungan yang terlalu jauh dengan balai bomba di Kinabatangan dan Beluran menyukarkan sebarang tindakan segera.

“Prosedur penempatan balai bomba ternyata tidak relevan, kerana nyawa dan harta banda rakyat jauh lebih penting,” katanya semasa melawat mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Seri Menanti, Penangah yang terletak 30 kilometer dari sini, semalam.

Beliau mahukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Malaysia mengkaji semula prosedur zon kelayakan penempatan balai bomba kerana ia ternyata tidak membantu tindakan keselamatan yang cepat efekif.

Masiung kesal, bomba terpaksa mengambil masa hampir lima jam untuk sampai ke lokasi kejadian kebakaran yang memusnahkan 56 rumah di Kampung Seri Menanti, Penangah pada Ahad lalu.

Katanya, jarak antara balai bomba Kinabatangan dan Beluran melebihi 200 kilometer di samping bentuk muka bumi jalan perhubungan yang berbukit bukau.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan (LPPB) itu mahukan pegawai-pegawai kanan KPKT untuk turun padang memantau lokasi daerah Tongod yang lebih besar berbanding keluasan negeri Kedah.

Dalam tragedi Ahad lalu, 56 buah rumah musnah dijilat api menyababkan 81 keluarga hilang tempat tinggal dan 303 penghuni tinggal sehelai sepinggang.

“Kejadian bermula jam 7 malam pada awalnya, kebakaran hanya melibatkan tiga buah rumah, namun api telah merebak menyebabkan 56 rumah turut musnah,” katanya.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di dua buah dewan di Penangah yang dijadikan pusat pemindahan sementara di bawah pengawasan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

Terdahulu Masiung menghulurkan bantuan peribadi RM500 kepada 81 keluarga mangsa selain bantuan bahan makanan, alat mandian dan barangan pakai buang.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular