HomeIsu tempatan5,000 umat Islam hadiri santai rohani

5,000 umat Islam hadiri santai rohani

Read Time:1 Minute, 21 Second

Papar: Lebih 5,000 umat Islam sekitar daerah ini menghadiri Program Santai Rohani bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia dan Maulidur Rasul 1446H.

Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri, Azrul Ibrahim berkata program tersebut dihiasi dengan kemunculan penceramah terkenal, Ustaz Dr. H. Das’ad Latif dari Indonesia.

“Hari ini, kita melaksanakan Santai Rohani bersempena dengan Hari Malaysia dan Maulidur Rasul di Dewan SMK Pengalat.

“Alhamdulillah, program ini diisi dengan ceramah yang akan disampaikan oleh Ustaz Das’ad Latif dan persembahan nasyid.

“Paling istimewa, majlis ini dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan ini merupakan sebahagian daripada pengisian.

“Kita jangkakan 5,000 pengunjung sekitar daerah Papar dan kawasan sekitar hadir pada malam ini,” katanya ketika ditemui media di sini, baru-baru ini.

Mengenai penglibatan golongan muda, Azrul berkata, program itu turut mengkhusus kepada pengisian kerohanian dalam kalangan golongan muda di samping menyemai semangat patriotisme sempena Hari Malaysia, esok.

“Selain dihadiri ramai oleh orang awam, kita juga khususkan program ini untuk orang-orang muda untuk mengisi kerohanian dan juga bagaimana orang muda boleh memainkan peranan dalam mengisi Hari Malaysia semangat Hari Kebangsaan bersekali dengan Sambutan Maulidur Rasul 1446H.

“Kita melihat sambutan dan kehadiran orang-orang muda itu cukup memberangsangkan dan mudah-mudahan bermanfaat kepada golongan muda khususnya di Daerah Papar dan sekitarnya,” katanya

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif; Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar; ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim; Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan Setiausaha Sulit kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Rosli Ibrahim.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dipelawa hadir meriahkan program ‘Sabah Kekal Bersih’ esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular