HomeUtamaMayat mangsa lemas kanak-kanak perempuan empat tahun, dijumpai

Mayat mangsa lemas kanak-kanak perempuan empat tahun, dijumpai

Read Time:58 Second

TAWAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan hilang dan mangsa dikhuatiri lemas di sungai Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas dekat sini kelmarin sebelum mayatnya dijumpai oleh orang awam pada jam 8 pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kawalan Balai Bomba d dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan kecemasan pada jam 6.06 petang semalam (20 Sept) terdapat seorang mangsa dikhuatiri hanyut di sungai.

“Menurut pengadu mangsa seorang kanak-kanak perempuan dipercayai hanyut di sungai ketika cuba menyeberangi sungai bersama bapa mangsa di Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas Tawau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seterusnya, Operasi Mencari dan Menyelamat (OPS SAR) hari ke-2 (hari ini) dimulakan pada jam 6.58 pagi dengan kaedah pencarian surface rescue bersama agensi lain dan orang awam di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Namun pada jam 8 pagi tadi mangsa dikenali sebagai Putri Jimar berusia empat tahun itu telah ditemui meninggal dunia oleh orang awam dengan Jarak 800 meter dari lokasi asal dilaporkan lemas.

“Seterusnya, pasukan Bomba menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan susulan dan Operasi SAR ditamatkan pada jam 8.30 pagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Komuniti maritim diingatkan tingkat aspek keselamatan di laut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular