HomeUtama40 buah Rumah Mesra SMJ setiap DUN tahun depan

40 buah Rumah Mesra SMJ setiap DUN tahun depan

Read Time:1 Minute, 11 Second

Sipitang : Pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah akan dinaikkan kepada 40 buah pada tahun depan berbanding 20 buah sebelum ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peningkatan jumlah pembinaan rumah mesra SMJ itu adalah bagi membolehkan lebih ramai golongan miskin tegar yang belum memiliki rumah mendapat bantuan itu.

“Sebelum ini kita beri setiap kawasan DUN sebanyak 20 Rumah Mesra SMJ untuk golongan miskin tegar, tapi pada tahun depan kita akan tambah daripada 20 kepada 40 buah rumah.

“Ini kerana kita tahu ramai lagi yang tiada rumah dan perlu kita bela. Kita akan usahakan 3,000 rumah tahun depan untuk mereka yang dalam kategori miskin tegar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin, di Dataran QSS sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob.

Hajiji berkata, inisiatif itu bersama banyak lagi inisiatif lain termasuk berkaitan pembangunan modal insan hanya berlaku dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus.

Katanya, pelaksanaan inisiatif untuk manfaat rakyat itu sejajar dengan usaha berterusan kerajaan negeri pimpinannya dalam membela nasib rakyat dan membawa pembangunan di negeri ini.

“Kerajaan pimpinan pembangkang sebelum ini tidak melaksanakan sebarang inisiatif yang menjurus kepada membela nasib rakyat kerana lebih menumpukan kepada mencari kesalahan kerajaan dan pemimpin terdahulu,” katanya. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

Bandaraya Kota Kinabalu dicadang dijadikan sebagai Kota Literasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular