HomeIsu tempatanPKK perkukuh jalinan bersama pemain industri

PKK perkukuh jalinan bersama pemain industri

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu: Politeknik Kota Kinabalu (PKK) terus memperkukuh jalinan bersama pemain industri melalui Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Panel Penasihat Industri Program Pengajian dan Dokumen Kolaborasi Rakan Strategik.

Sebanyak 18 panel penasihat dan 15 rakan kolaborasi telah hadir dalam majlis itu.

Antaranya BTC Group, Ranhill Powertron, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pulse Grande Hotel, Nabalu Marketing dan Cap Kuda Coffee Company.

Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn. Bhd. Datuk Ag Buhtamam Ag Mahmun berkata, pihaknya berharap dengan adanya kerjasama antara PKK dan industri-industri yang terlibat mampu merealisasikan program dan kemajuan usaha-usaha yang telah dilaksanakan selama ini selain dapat melahirkan pekerja mahir dalam pelbagai bidang.

“Dengan adanya kerjasama antara PKK dan industri-industri yang terlibat kita mampu merealisasikan program dan kemajuan usaha-usaha yang telah dilaksanakan selama ini dan melahirkan pekerja mahir dalam pelbagai bidang,” katanya.

Pengarah PKK, Md Nor Abdul Halim dalam majlis yang sama berkata, jalinan kerjasama serta perkongsian di antara PKK dan pihak industri amat penting dalam merealisasikan hasrat dan tujuan PKK menjadi peneraju Institusi TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) yang holistik dan mampan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Akademik, Abdul Razak Mohd Daim, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Muhammaddin Mohd Jair dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Norhashimah Jamaludin. – SABAH MEDIA / FOTO PKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

27 peserta Sabah wakili Malaysia ke Festival Tarian Topeng Antarabangsa Andong...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular