HomePolitikSerah pimpinan atasan GRS ambil keputusan pilih calon - Masiung

Serah pimpinan atasan GRS ambil keputusan pilih calon – Masiung

Read Time:1 Minute, 11 Second

TULID: Jawatan parti di peringkat bahagian bukanlah tiket untuk ahli parti dipilih sebagai calon dalam pilihanraya, kata Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah.

Justeru, Masiung berkata Ahli jawatankuasa Gagasan Rakyat di peringkat bahagian tidak boleh mengambil resolusi sendiri, biarlah pimpinan atasan GRS mengambil keputusan berhubung pemilihan calon.

” Kita boleh sahaja berbeza pandangan dengan parti gabungan, tapi jangan sampai timbul perpecahan yang akhirnya akan merugikan GRS. ” tegasnya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Tulid di Dewan Sri Aman, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di peringkat bahagian diingatkan supaya memainkan peranan sebagai kuasa besar bagi memastikan kemenangan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam pilihanraya umum negeri akan datang.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejatheraan Rakyat Sabah, Datuk Flovia Ng turut hadir pada majlis tersebut.

Masiung berkata, hubungan kerjasama parti-parti gabungan dalam GRS telah ada satu prinsip untuk saling menghormati dalam mengemudi kerajaan negari.

Wakil Rakyat Kuamut itu berpesan supaya Ahli-ahli Jawatankuasa Gagasan Gagasan Rakyat di semua peringkat di negeri ini supaya bersiap siaga dalam mendepani pilihanraya pada bila-bila masa.

Katanya, setiap pemimpin sama ada pemuda, wanita atau beliawanis perlu mematuhi arahan Ahli Majlis Tertinggi Pusat tanpa sesuka hati membuat sebarang gerakan mengikut acuan sendiri.

Sementara itu, pada lewat petang Masiung turut merasmikan Auto Show Trusmadi yang diadakan di Padang Majlis Daerah Sook.

Beliau diiringi Flovia Ng dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tulid, Jehan Osman.

RELATED ARTICLES
Utama

Empat petugas KKM selamat selepas helikopter dinaiki lakukan pendaratan kecemasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular