HomeSukanPara SUKMA : Sabah kekal duduki tangga kedua hari ini

Para SUKMA : Sabah kekal duduki tangga kedua hari ini

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kuching : Kontinjen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah hari ini kekal menduduki tangga kedua dibelakang tuan rumah dengan mengutip 16 pingat emas; sembilan perak dan tujuh gangsa setakat jam 8 malam tadi.

Pingat emas yang disumbangkan hari ini adalah menerusi sukan Para Olahraga antaranya Fredechi Asri (Rejam Lembing Wanita F40) ; Muhamad Khairi Militry Lorin (Rejam Lembing Lelaki F54); Doriah Poulus (Lontar Peluru Wanita F44) dan Mohamad Hanif Burhanudin (Lontar Peluru Lelaki F44/F64).

Selain itu emas dari sukan Para Olahraga turut disumbangkan oleh Eljoe Gotouh (Lompat Kijang T20); Shamli Waidi (Lempar Cakera Lelaki F36); Elvsius John (Lempar Cakera Lelaki F57); Nazwan (200m Lelaki T45) dan Mukhriz Ameer Izzuddin Abdul Rauf (200m Lelaki T47).

Manakala emas lain disumbangkan menerusi sukan Para Renang melalui atlet Ethan Khoo Yin Jun (200M Rampaian Individu SM14); Sharlinie Valerie Voo Wen Qin (100M Gaya Bebas S4-S6); Sharlinie Valerie Voo Wen Qin (50M Gaya Kuak Lentang S4-S6); Wahyu Eqwal Nazrey (100M gaya Bebas S4/S5) dan Wahyu Eqwal Nazrey (50M Gaya Kuak Lentang S4/S5).

Turut menyumbangkan pingat emas hari ini adalah Shahafiq Abdullah (50M Gaya Kuak Kupu-Kupu S6/S7) dan Abd Halim Mohammad (50M Gaya Bebas S8).

Esok, 65 pingat emas akan dipertandingkan dalam beberapa acara sukan yang dipertandingkan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Para SUKMA : Ivan, Mukhriz cipta rekod baharu 400M T44,T47

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular