HomeUtamaTabung Pendidikan DJR Sugut ditubuhkan, bantu pelajar lanjut pengajian

Tabung Pendidikan DJR Sugut ditubuhkan, bantu pelajar lanjut pengajian

Read Time:1 Minute, 5 Second

Paitan : Tabung Pendidikan DJR Sugut yang ditubuhkan bakal membantu pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S).

Tabung yang ditubuhkan atas inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut Datuk James Ratib itu akan dimulakan pada tahun depan.

James Ratib

James berkata, tabung itu dilihat penting khususnya bagi mereka yang berasal dari luar bandar untuk melunaskan pembayaran awal termasuk pendaftaran ke IPTA/S.

“Pada hari ini saya ingin mengumumkan sebuah Tabung Pendidikan DUN Sugut akan ditubuhkan, di mana saya melihat tabung ini sangat penting terutama sekali bantuan kepada anak-anak yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA/S.

“Kebanyakan mereka ini berasal dari luar bandar yang kurang berkemampuan untuk melunaskan pembayaran-pembayaran awalan bagi melanjutkan pelajaran mereka ke institusi berkenaan.

“Apabila saya melihat perkara ini sangat penting dan kemampuan ibu bapa yang terhad, maka saya telah menubuhkan tabung ini untuk membantu rakyat saya di DUN Sugut,” katanya.

James berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Gagasan Rakayat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sugut di sni hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata, tabung itu akan bermula dengan dana sebanyak RM100,000 yang disediakan khas bagi tujuan tersebut.

“Kita telah pun melantik anggota-anggota jawatankuasa yang ditugaskan untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular