HomeIsu tempatan350 kakitangan KYS sertai program berjalan 10,000 langkah

350 kakitangan KYS sertai program berjalan 10,000 langkah

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Seramai 350 kakitangan dari pelbagai bahagian, zon, unit dan anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) menyertai program berjalan 10,000 Langkah di sekitar Menara Tun Mustapha di sini.

Program sempena Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2024 (OSH) KYS itu merupakan simbolik kepada usaha memperkasakan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta dalam komuniti.

Program yang bertemakan ‘Keselamatan dan Kesihatan: Tanggungjawab Bersama,’ itu turut menampilkan senamrobik, yang menyemarakkan lagi suasana program di samping mengukuhkan semangat keakraban dalam organisasi.

Sepanjang Bulan OSH yang berlangsung bermula dari 12 September hingga 10 Oktober lalu, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Para peserta berpeluang menghadiri ceramah informatif yang disampaikan oleh pelbagai agensi, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Dalam memupuk budaya keselamatan dan kesihatan yang kukuh, KYS komited untuk memastikan semua staf dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran OSH yang diperlukan untuk masa depan yang lebih selamat.

Ini termasuk mengadakan pelbagai aktiviti demi meningkatkan kesedaran serta memberdayakan peserta dengan pengetahuan yang diperlukan untuk memperbaiki amalan keselamatan di tempat kerja. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Usaha Persatuan Karyawan Malaysia bantu artis memerlukan amat dipuji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular