HomeUtamaSemangat Crisnanalina tetap tinggi meskipun berdepan masalah kewangan

Semangat Crisnanalina tetap tinggi meskipun berdepan masalah kewangan

Read Time:2 Minute, 18 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Percubaan untuk membuat rayuan permohonan kemasukan ke universiti melalui UPUOnline meskipun tahu berdepan masalah kewangan tidak menjadi halangan buat Crisnanalina Jumis untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Anak sulung dari lima beradik itu berjaya diterima masuk ke UMS menerusi pengambilan kedua yang dilaksanakan universiti itu sebelum ini.

Pelajar jurusan perladangan hutan dan perhutanan tani Fakulti Perhutanan Tropika UMS itu mengakui tidak pernah terfikir untuk menjejak kaki ke universiti.

“Untuk saya sampai kesini (UMS), saya tidak terfikir yang saya boleh sampai, sebab sebelum rayuan UPU, saya tidak dapat tawaran meskipun ada mengisi UPU.

“Jadi saya cuba untuk buat rayuan. Walaupun sebenarnya kalau saya buat rayuan pun mungkin saya tidak dapat sambung juga sebab masalah kewangan.  Tapi saya buat juga dan syukur saya dapat bidang yang saya minat.

“Tetapi itu pun saya berfikir kalau saya mahu terima atau tolak. Tapi yang hari Selasa lalu ketika saya bekerja, saya cuba untuk terima, walaupun mungkin lepas ini tidak juga dapat sambung,” katanya.

Katanya ketika ditemui Sabah Media sejurus tiba di Bangunan Canselori UMS dan ketibaannya bersama keluarga disambut Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor.

Crisnanalina berkata, bantuan pelbagai pihak khususnya keluarga terdekat dalam menguruskan dokumen selain mendapatkan sumber kewangan membolehkan hasratnya untuk menyambung pengajian turut tercapai.

“Makcik saya ada maklumkan jika ada yang membantu untuk saya sambung belajar, adakah saya mahu pergi? Jadi saya ucapkan terima kasih jika ada yang bantu dan boleh juga saya sambung.

“Pada Rabu lalu, makcik saya kata ada pihak boleh bantu, saya gembira, saya berhenti kerja direstoran dan menguruskan dokumen yang perlu.  Terima kasih kepada semua yang membantu saya,tanpa bantuan semua pihak mungkin hasrat saya untuk sampai disini tidak akan tercapai.

“Untuk mereka yang sudag memberi bantuan, berbentuk sumbangan, terima kasih atas jasa kamu.  Mungkin dengan bantuan kamu itu saya dapat belajar dengan bagus disini,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai dirinya yang tular dimedia sosial, Crisnanalina berkata, dia hanya mengetahui menerusi status yang dimuat naik rakannya di aplikasi WhatsApp/

“Sebenarnya yang tular ini saya tidak tahu sebab saya tidak ada Facebook, itu pun saya lihat di status WhatsApp, kawan-kawan saya mesej, mereka doakanlah kejayaan saya,” katanya.

Terdahulu, kisah Crisnanalina sebelum tular dimedia sosial selepas dilaporkan menghadapi kesukaran untuk membayar yuran pendaftaran masuk ke UMS.

Berikutan itu, UMS dalam satu kenyataan Rabu lalu sedia membantu Crisnanalina untuk mendaftar masuk ke universiti itu.

Hari ini, Crisnanalina telah diambil dan dibawa sendiri oleh pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMS dikediamannya di Kampung Dalamas Paitan yang mengambil masa perjalanan 12 jam secara ulang alik dari Kota Kinabalu ke daerah Paitan.

Semalam, Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin turut berkenan menyalurkan sumbangan kepada Crisnanalina bagi membolehkan anak kelahiran Paitan itu melanjutkan pengajian ke UMS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri memperuntukan RM50.9 juta subsidi ICPT untuk pengguna elektrik Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular