HomeIsu tempatanLebih 1,000 motorsikal berkuasa tinggi 'berkampung' di SICC sempena BIIBBF

Lebih 1,000 motorsikal berkuasa tinggi ‘berkampung’ di SICC sempena BIIBBF

Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Peminat motorsikal berkuasa tinggi di negeri ini khususnya sekitar Bandaraya Kota Kinabalu berpeluang menyaksikan lebih 1,000 motorsikal berkuasa tinggi yang akan berhimpun pada Festival Pemotoran Berkuasa Besar Antarabangsa Pulau Borneo (BIIBBF) hujung bulan ini.

Festival yang diadakan selama tiga hari bermula 25 Oktober ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) selain turut disertai peserta dari beberapa buah negara.

Presiden Persatuan Penunggang Motosikal Besar Sabah Datuk Osman Ahmed berkata, kehadiran peserta yang menyertai adalah dari Brunei Darusalam, Indonesia, Singapura, Korea, India, Filipina, Myanmar dan Afrika Selatan.

Katanya, bagi peserta dari Malaysia, ianya diwakili Sabah; Sarawak dan Labuan.

“Pada tahun ini, Sabah sekali lagi diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah BIIBBF yang ke-22 dimana penggiliran diadakan selama lima tahun sekali.

“Festival ini bertujuan untuk memupuk hubungan silaturahim di kalangan pemilik dan pengiat motosikal berkuasa besar. Setakat ini pendaftaran yang telah kita terima adalah seramai lebih 1,000 peserta dan ini tidak termasuk pengunjung yang hadir.

“Kami turut menjangkakan kehadiran pengunjung dari luar termasuk pengunjung bukan bikers adalah sekitar 5,000 hingga 10,000 orang,” katanya dalam sidang media di sini petang tadi.

Hadir sama wakil Lembaga Penggalakan Pelancongan Sabah Mohamad Safani.

Osman berkata, festival itu juga akan turut diserikan dengan program Jelajah Bandaraya atau ‘City Ride’ yang akan turut disertai 500 penunggang motorsikal berkuasa tinggi.

Program itu dijangka akan turut disertai Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan perasmian akan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Hannah Yeoh.

Selain itu, pelbagai acara menarik yang lain telah dirancang sepanjang festival itu.

Ia termasuklah jualan barangan seperti motorsikal, peralatan motorsikal dan gerai makanan selai terbuka kepada orang ramai khususnya usahawan-usahawan dari negeri Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular