HomeIsu tempatanPemenang DWC 2024 tampil persembahan tarik perhatian kanak-Kanak istimewa, anak yatim

Pemenang DWC 2024 tampil persembahan tarik perhatian kanak-Kanak istimewa, anak yatim

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Tiga sekolah rendah di negeri ini yang memenangi pingat emas pada ‘Dance World Cup’ (DWC) 2024 berjaya menarik perhatian tetamu di Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-Kanak Istimewa dan Anak Yatim.

Majlis yang diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin itu menampilkan Kelab Kebudayaan SRK St. Agnes, SK Sri Gaya dan SK Mutiara.

SRK St. Agnes mempersembahkan aksi energetik enam pelajarnya menerusi dua tarian tradisional kreatif, Dang Mengalai dan tarian emas DWC 2024, Duo (Ranrangan).

Sekolah berkenaan telah memenangi pelbagai pingat antaranya pada DWC 2018 (Perancis), DWC 2019 (Portugal), DWC 2024 (Republik Czech), Juara Tugu Budaya Etnik Sabah Kategori Sekolah Rendah (2017 dan 2019), Borneo Arts Festival, Juara Platinum Negara Dramatari Malaysia 2023 serta persembahan terbaik keseluruhan pada Konsert Program Pertukaran Kebudayaan Pelajar Antarabangsa (ISCEP) 2024.

Hadir bersama Tun Juhar pada majlis istimewa tersebut ialah Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Majlis yang diadakan untuk meraikan 82 kanak-kanak istimewa dan anak yatim itu juga diserikan dengan persembahan kumpulan Tiruh (SK Sri Gaya) dengan persembahan hebat zapin kreatif, Tualang Tiga dan Angkikiat yang muncul juara dalam kategori Children Small Group National and Folklore di DWC 2024.

Turut menampilkan persembahan ialah Mutiara Dancers dari Sk Mutiara yang menjadi johan (Children Solo and National Folklore), naib johan (Children duo/trio National Folklore) dan ketiga (Children Solo National Folklore Boys serta Children Small Group National and Folklore) di Republic Czech pada Jun lepas.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 80 peserta sertai ‘Cocoa Beach Walk’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular