HomeIsu tempatanWanita perlu tahu prosedur pengurusan harta pusaka

Wanita perlu tahu prosedur pengurusan harta pusaka

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu: Golongan wanita khususnya di negeri ini perlu memahami prosedur pengurusan harta pusaka dan mengetahui hak masing-masing dari perspektif undang-undang.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata, golongan wanita merupakan individu yang paling terkesan apabila berlakunya kematian dalam kalangan keluarga.

“Wanita di Sabah memainkan peranan yang amat penting sebagai penjaga keluarga, oleh itu adalah amat penting bagi mereka untuk memahami proses undang-undang dan hak mereka dalam pengurusan pusaka.

“Umum mengetahui bahawa wanita khususnya golongan isteri berperanan membantu suami bagi memastikan kesejahteraan ekonomi dan sosial keluarga namun wanita seringkali kurang peka terhadap perkara berkaitan pengurusan harta terutama apabila pasangan ditimpa musibah luar jangka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Wacana Pentadbiran Pusaka anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dengan kerjasama AmanahRaya Trustees Berhad.

Flovia berkata, setiap kaum mempunyai tradisi dan sistem tersendiri dalam urusan pembahagian harta, namun semua pihak perlu mengambil kira bahawa pembahagian harta milik simati perlu diagihkan dengan sempurna dan adil. 

“Maka, wanita atau isteri perlu cakna mengenai prosedur pembahagian harta dan hak mereka di dalam harta berkenaan,” katanya

Flovia turut berharap program seumpama dapat diteruskan dan dilaksanakan di kawasan pedalaman bagi memastikan maklumat berguna mengenai cara pengurusan harta pusaka sampai kepada golongan wanita di kawasan luar bandar.

Program tersebut disertai oleh seramai 250 orang peserta dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan negeri serta persekutuan dengan menampilkan tiga panel khas yang membicarakan pengurusan harta pusaka yang betul dan mengikut garis undang-undang.

Turut hadir, Pengarah JHEWA, Haslina Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif AmanahRaya Trustees Berhad Zainuddin Suhaimi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penggunaan teknologi terkini pemangkin kelestarian hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular