HomeEkonomiIndikator Ekonomi Madani Buktikan Pemerkasaan Ekonomi Negara Sedang Berjalan Dengan Baik

Indikator Ekonomi Madani Buktikan Pemerkasaan Ekonomi Negara Sedang Berjalan Dengan Baik

Read Time:3 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU — Kerangka Malaysia MADANI yang mempunyai 6 nilai teras bersepadu dan holistik, dilihat mampu mencorak masa hadapan negara yang mampan, saksama serta inklusif.

Kerangka Malaysia MADANI yang telah dijadikan asas panduan kepada dasar negara kini giat dilaksanakan dan berjaya mencatatkan pelbagai kejayaan yang meletakkan negara di landasan pembangunan yang pesat.

Menyorot kembali antara inisiatif ketika pembentangan belanjawan 2024 lalu, Perdana Menteri telah menekankan mengenai Ekonomi MADANI di mana ianya menjadi induk kepada dasar-dasar yang telah diluncurkan iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMK12).

Peluncuran NETR menggariskan enam pemacu utama peralihan tenaga, antaranya melibatkan tenaga boleh baharu, hidrogen, mobiliti hijau serta pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Bagi menterjemah hasrat NETR, kerajaan turut menyediakan Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2 bilion.

Selepas setahun lebih pelancarannya, banyak kemajuan dan pencapaian berjaya direkodkan yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat.

Nyatanya pada ketika ini, kerajaan telah berjaya mengawal kadar inflasi sekaligus sedikit sebanyak telah melegakan rakyat yang terpaksa menempuh kenaikan kos sara hidup.

“Bersandarkan pencapaian kukuh untuk 6 bulan pertama tahun 2024, kadar pertumbuhan KDNK negara untuk keseluruhan tahun 2024 berpotensi melepasi unjuran Kerajaan Malaysia (antara 4% – 5%). Serta melepasi unjuran oleh pakar dan penganalisis ekonomi.

Pada tahun 2023, KDNK negara tumbuh pada kadar 3.6% dan menurut Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia/ Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) di laporkan berkata bahawa negara boleh mencapai pertumbuhan 5.1% untuk tahun 2024.

Tatkala ekonomi negara berkembang pesat, kadar inflasi juga telah berjaya di kawal dengan baik, tanpa sebarang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melampau serta mendadak.

Pastinya ini telah menggambarkan kejayaan Ekonomi MADANI jika hendak dibandingkan dengan negara luar ketika ketidaktentuan ekonomi global dan krisis geopolitik serta perubahan iklim dunia memberi kesan serta cabaran kepada kos sara hidup.

Kejayaan ini juga adalah satu pencapaian yang membanggakan, memandangkan pertumbuhan pesat boleh melonjakkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Sebagai contoh, Negara Filipina yang telah mencatatkan pertumbuhan KDNK 6.3% turut mencatatkan kadar inflasi yang meninggi iaiatu pada kadar 3.7%.

Manakala data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), dalam tempoh masa 2 tahun (Ogos 2022 – Ogos 2024), kadar inflasi negara telah merekodkan trend menurun dan stabil dan pada Ogos 2024 kadar inflasi negara hanya mencatatkan angka 1.9%.

Dan sebagai perbandingannya, kadar inflasi negara mencatatkan angka 2.5% pada tahun 2023 dan 3.3% untuk tahun 2022

Ini membuktikan Kestabilan ekonomi negara adalah penting untuk kelangsungan kehidupan rakyat.

PERTUMBUHAN EKONOMI YANG KUKUH DAN TERUS BERKEMBANG

Dalam pada itu juga, Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh dipacu oleh jumlah pelaburan yang besar, merangkumi pelaburan asing dan domestik.

Ini membuktikan kepercayaan dan keyakinan pelabur luar terhadap hala tuju kerajaan, termasuk daya-saing negara dari aspek kos dan tenaga kerja berkemahiran.

“Laporan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) menunjukkan jumlah pelaburan di luluskan/ total approved investment untuk 6 bulan pertama tahun 2024 adalah sebanyak RM 160 billion.

“Ini merupakan peningkatan 18%, berbanding tempoh masa yang sama tahun 2023 (RM 135.6 billion).

“Jumlah pelaburan RM 160 billion berkenaan meliputi pelaburan asing sebanyak RM 74.6 billion (46.6%), manakala pelaburan domestik pula RM 85.4 billion (53.4%).”

Lebih menarik prestasi perdagangan negara juga berada di tahap memberangsangkan.

Menerusi laporan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), dalam tempoh 7 bulan pertama tahun 2024 (Januari – Julai), nilai dagangan negara telahmencapai RM 1.652 trillion, merangkumi eksport (RM 862.23 billion) dan import (RM 789.71 billion).

Jumlah bagi tujuh bulan pertama ini adalah lebih baik jika hendak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan dagangan negara pada tahun 2023 iaitu RM 2.6 trillion.

Maka tidak mustahil untuk negara melepas pencapaian tahun lalu sehinggalah bulan 12 akan datang.

Kemampuan Malaysia untuk meningkatkan nilai dagangan boleh dicapai sekiranya permohonan menyertai platform kerjasama ekonomi BRICS diluluskan.

PENGUKUHAN NILAI RINGGIT

Kepimpinan Anwar juga pernah dikritik teruk selepas kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia pada tahap RM4.79 berbanding nilai Dollar Amerika Syarikat pada Februari lalu.

Ia disimpulkan sebagai kejatuhan paling teruk dalam tempoh masa 26 tahun, iaitu sejak Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998.

“Dan dalam tempoh masa 7 bulan, nilai Ringgit telah mempamerkan prestasi yang begitu memberangsangkan. Pada 4 Oktober 2024, berbanding nilai Dollar Amerika Syarikat, nilai Ringgit telah mengukuh kepada RM 4.21.

“Ini merupakan pengukuhan 12% dalam tempoh masa tersebut. Malah, nilai Ringgit di jangka akan terus mengukuh kepada nilai sebenar sekitar RM 3.80.”

Antara kejayaan ini, telah membuktikan kerangka Ekonomi Madani telah membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Sekaligus dapat meyakinkan rakyat bahawa Malaysia berada di landasan yang kukuh.

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM lancar OGL Khas, lumpuhkan kegiatan JRS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular