HomeIsu tempatanPenggunaan teknologi terkini pemangkin kelestarian hutan

Penggunaan teknologi terkini pemangkin kelestarian hutan

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu: Inovasi dalam sektor perhutanan memainkan peranan penting bagi mewujudkan kelestarian alam dan dunia yang lebih baik.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, hutan dan inovasi menekankan keperluan untuk memanfaatkan inovasi teknologi bagi menangani ancaman yang semakin meningkat terhadap hutan.

“Justeru itu, UMS melalui Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) telah mengadakan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat UMS dengan mengangkat tema ‘Hutan dan Inovasi’.

“Ini bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya hutan dan bagaimana inovasi dan penggunaan teknologi seperti satelit, dron dan sistem maklumat geografi dapat meningkatkan keberkesanan dalam aktiviti pemantauan dan pemeliharaan hutan.

“Inovasi dapat membantu kita memulihkan, melindungi, mengurus, dan menggunakan hutan secara lestari dan efisien, serta mengurangkan risiko penebangan hutan, kemerosotan habitat, dan perubahan iklim,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sambutan tersebut di hutan SFERA @ UMS di sini.

Kasim berkata, pendekatan secara holistik perlu diambil dalam penglibatan manusia dengan alam semula jadi untuk mencapai kesihatan optimum antara manusia, haiwan, hutan dan alam sekitar.

“Pengiktirafan kepentingan hutan untuk keselamatan dan keterjaminan makanan juga telah meningkat dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Untuk itu, tahniah diucapkan kepada warga UMS kerana berjaya menanam sebanyak 4,038 pokok pada tahun ini.

“Besarlah harapan saya agar sambutan ini dapat meningkatkan kesedaran semua kakitangan, pelajar dan pemegang taruh di universiti ini dalam kepentingan pengurusan hutan lestari yang akan menyumbang kepada kesejahteraan generasi pada masa kini dan akan datang,” katanya.

Pada majlis tersebut, UMS telah memeterai satu Memorandum Persefahaman antara UMS dan Koshii Co. Ltd., selain turut menandatangani Surat Niat antara UMS dan Darau Furniture.

Turut berlangsung sesi penyerahan mock cheque perjanjian penyelidikan antara UMS dengan Borneo Samudera Sdn. Bhd. bernilai RM50,000 daripada Sawit Kinabalu. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Wanita perlu tahu prosedur pengurusan harta pusaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular