HomeUtamaHajiji hoskan makan malam untuk Duta Besar & Pesuruhjaya Tinggi

Hajiji hoskan makan malam untuk Duta Besar & Pesuruhjaya Tinggi

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghoskan majlis makan malam bersama Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi luar negara di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya pada Jumaat.

Mereka terdiri daripada Duta Besar Norway ke Malaysia, TYT Morten Paulsen, Duta Besar Turkmenistan ke Malaysia, TYT Muhammatnyyaz Mashalov, Duta Besar United Arab Emirates (UAE) ke Malaysia, T.Y.T. Dr. Mubarak Saeed Al Dhaheri dan Duta Besar Libya ke Malaysia, TYT Mohamed Assadiq Masaud Attia.

Pesuruhjaya Tinggi yang diraikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Namibia ke Malaysia, TYT Herman Pule Diamonds dan Pesuruhjaya Tinggi Republic of Maldives ke Malaysia, TYT Dr. Mariyam Shabeena Ahmed serta pengasas Blue Economy/ ZERI (Zero Emissions Research and Initiatives), Prof. Dr. Gunter Pauli.

Mereka berada di Sabah atas jemputan menghadiri Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC) yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim di Sabah International Convention Centre (SICC), pada Sabtu (19 Okt).

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa dan Ketua Penyelaras Sabah Maju Jaya (SMJ) Sekretariat, Datuk Rosmadi Sulai.

RELATED ARTICLES
Utama

Bajet Madani 2025 utamakan pembangunan kesejahteraan rakyat Sabah – Norazlinah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular