HomeIsu tempatanProgram Santuni Madani erat kerjasama kerajaan, rakyat

Program Santuni Madani erat kerjasama kerajaan, rakyat

Read Time:1 Minute, 38 Second

Tawau : Warga Sungai Imam Tawau menyambut baik program Santuni Madani yang disifatkan dapat mengeratkan lagi kerjasama dalam kalangan pemimpin kerajaan dan rakyat.

Ahli Jawatankuasa Komuniti Madani Kampung (Kg.) Sungai Imam, Nasha Saharun, 33, berkata program anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) itu memberi peluang pada warga kampung untuk berkumpul bersama pemimpin dari pelbagai agensi agar mereka cakna terhadap sebarang keperluan atau isu di suatu kampung. 

“Bagi saya baguslah penganjuran J-KOM ini sebab salah satu beri info pada penduduk kampung misalnya ada ceramah seperti tadi tentang penipuan (scammer) dan ini penting untuk komuniti. 

“Selain itu, melalui program ini juga sesuatu masalah itu dapat kami utarakan dan berharap agar diselesaikan oleh pemimpin,” katanya ketika ditemui dalam program Santuni Madani Kg. Sungai Imam Tawau ‘Satu Pemimpin Satu Kampung’ di sini, semalam.

Sementara Ketua Komuniti Kg. Sungai Imam, Zainab Oting senada program santuni Madani juga mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pemimpin dan orang kampung.

“Saya berbangga dan berbesar hati kepada JKOM kerana sejak semalam (Sabtu) bersama kami dalam menganjurkan pelbagai program yang memberi manfaat secara keseluruhannya,” katanya. 

Program Santuni Madani Kg. Sungai Imam Tawau yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu dirasmikan Pemangku Ketua Pengarah J-KOM, Suwadi Guliling. 

Antara pengisian program adalah sambutan Maulidurrasul Peringkat Kampung, senam sihat sempena Hari Sukan Negara, ceramah berkaitan penipuan (scammer) dari Polis DiRaja Malaysia, kenduri kampung, pameran agensi, pemeriksaan kesihatan serta pertandingan Badminton dan Futsal. 

Sementara itu, Suwadi dalam ucapannya berkata Santuni Madani merupakan program di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung serta lihat urus pemimpin tempatan. 

“Justeru J-KOM Komited merangka strategi ke arah mewujudkan program yang bertujuan memupuk semangat komuniti dalam kalangan penduduk setempat sekali gus merapatkan silaturrahim J-KOM dan penduduk setempat,” katanya.

Turut hadir, Pengarah J-KOM Zon Sabah, Milus Alu @ Abd Wahad, Pegawai Daerah Kalabakan, Murad Abd Rashid dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Merotai, Mohd Jailani Chacho. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular