HomeIsu tempatanPertandingan seni suara murai terima penyertaan membanggakan

Pertandingan seni suara murai terima penyertaan membanggakan

Read Time:49 Second

Menumbok : Seramai 160 peserta dari pelbagai daerah di Sabah, Sarawak dan Labuan menyertai pertandingan seni suara murai batu point bagi siri ketiga di sini baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung di Anjung Nelayan Mempakul itu adalah bagi mengumpul para peminat kicauan merdu burung murai dari pelbagai tempat.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beaufoet Ak Yazri Ak Yahya berkata, pihaknya amat memuji dan mengucapkan tahniah atas penganjuran program seumpama itu.

“Selain kita dapat memupuk semangat kekeluargaan, program seumpama ini juga dapat mengumpul para peminat kicauan merdu burung murai dari pelbagai tempat di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Disamping menjadi hobi, aktiviti ini jiga mampu untuk menjana pendapatan dalam kalangan masyarakat khususnya di daerah kecil Menumbok,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan dan menyampaikan hadiah pemenang pertandingan seni suara murai batu point bagi siri ketiga di sini baru-baru ini.

Ak Yazri berkata, pihaknya berharap agar program seumpama itu akan dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Pertandingan itu dianjurkan Komuniti Murai Batu Menumbok 2024– SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 350 peserta sertai ‘Pink Ribbon Charity Ride’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular