HomeUtamaSyarikat Sabah raih kontrak utama dalam OGSE

Syarikat Sabah raih kontrak utama dalam OGSE

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) mencatat sejarah apabila beberapa syarikat tempatan Sabah dianugerahkan kontrak utama, termasuk buat pertama kali dalam kategori kerja baru-baru ini.

Kontrak berkenaan merangkumi bidang kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan, penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian, penyelenggaraan pemulihan, perkhidmatan telaga bersepadu, logistik pihak ketiga dan pembekalan kapal laut.

Pemberian kontrak baharu berkenaan dijangka menjana kira-kira 1,000 peluang pekerjaan untuk syarikat Sabah melibatkan pelbagai bidang kemahiran dan disiplin kerja.

Di bawah pentadbiran kerajaan negeri, kejayaan ini didorong oleh kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan teknikal yang berpengalaman serta komitmen untuk mencipta pekerjaan tempatan.

Selain itu, ia turut memberi tumpuan untuk menerokai bidang baharu dalam perkhidmatan OGSE tanpa menjejaskan kos, keselamatan, kualiti dan jadual projek .

Selepas Perjanjian Kerjasama Komersial di antara kerajaan negeri dan PETRONAS pada Disember 2021, nilai kontrak tempatan dalam OGSE di Sabah meningkat daripada RM341 juta kepada RM780 juta dan jumlah kontraktor tempatan daripada 263 kepada 475 pada 2023.

Menteri Kewangan yang juga Pengerusi SMJ Energy Sdn Bhd Datuk  Seri Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata, pencapaian itu sememangnya sesuatu yang luar biasa untuk Sabah kerana berjaya membuktikan syarikat tempatan mampu bersaing dalam liga besar OGSE.

“Saya berharap trend peningkatan penyertaan tempatan dalam OGSE akan terus meningkat dan lebih ramai rakyat Sabah terus merebut peluang dan memanfaatkan industri minyak dan gas,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif OGSE dan Korporat SMJ Energy Terry Biusing berkata, syarikat Sabah kini memperoleh bahagian yang lebih besar daripada kontrak OGSE tempatan di Sabah.

“Unjuran hasil untuk syarikat OGSE Sabah dijangka melebihi RM2 bilion pada 2024, dengan lebih 60 syarikat meraih antara RM1 juta hingga lebih RM300 juta hasil sehingga Ogos 2024,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengurusan, penyelenggaraan sistem pembentungan di KK kini dibawah JPPS

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular