HomeUtamaSandakan tuan rumah Jambori Pengakap 3 hari

Sandakan tuan rumah Jambori Pengakap 3 hari

Read Time:2 Minute, 1 Second

SANDAKAN :  Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sandakan telah mewujudkan Stesen Jamboree on the Air – Jamboree on the Internet (JOTA-JOTI) Daerah Sandakan berlangsung selama tiga hari bermula pada 18 hingga 20 Oktober 2024 di Sekolah Menengah (SM) Saint (St) Michael di sini.

JOTA-JOTI merupakan program tahunan bagi World Organization of the Scout Movement (WOSM).

Program pengakap digital terbesar ini akan menghubungkan ahli pengakap dari seluruh dunia melalui radio amatur dan internet.

Seramai 194 orang ahli Pengakap dan Pemimpin telah hadir menyertai perkhemahan ini. Mereka merupakan ahli kumpulan pengakap daripada SJKC Chi Hwa, SK St Monica, SK St Mary Convent, SK Sri Tanjung Papat 1, SM St Michael, SMK St Mary, SMK Sandakan, SMK Perempuan dan Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam.

Terdapat lapan aktiviti pengkalan yang disediakan iaitu Phonetic Alphabet, Morse Code, Semaphore, Jampuz, Sykpe, Simplex, Zello dan QSL Card.

Ahli Pengakap Sandakan berjaya menghubungi rakan Pengakap dari 45 buah negara melalui webchat Scoutlink. Antaranya negara Namibia, Australia, Mexico dan Italy.

Peserta saling bertukar cerita tentang perkembangan pengakap di negara masing-masing. Mereka juga saling bertukar Jamboree Identity (JID) sebagai bukti kontak telah berlangsung.

Pengkalan Skype lebih meriah kerana peserta dapat melihat rakan mereka melalui panggilan video.

Mereka turut mempersembahkan pelbagai lagu-lagu pengakap dari Malaysia dan beberapa Tepuk Pengakap. Lebih 20 stesen Berjaya dihubungi melalui Skype antaranya Japan, Filipina, Egypt dan USA.

Pengalaman komunikasi Radio Amatur pula dapat dirasai melalui aktiviti latihan simplex dan Zello.

Lebih 12 stesen berjaya dihubungi antaranya 9M4SJSN, 9M4JOTA, dan 9M4SJKM. Aktiviti Radio Amatur ini dikendalikan oleh Skipper Borhan Tahere (9W6XBT).

Selain aktiviti pangkalan, pelbagai aktiviti sampingan telah dijalankan antaranya Zumba, Sukaneka Pengakap, Malam Silang Budaya dan Kuiz JOTA-JOTI.

Pertandingan Malam Silang Budaya sungguh meriah dengan pelbagai tarian tradisional antaranya Tarian Singa, Dikir Barat, Tarian Igal, dan Tarian rampai.

Para peserta mempersembahkan tarian tersebut dengan pakaian tradisional yang berwarna-warni.

Kategori Sekolah Menengah dimenangi oleh SM St Michael manakala kategori sekolah rendah dimenangi oleh SK St Mary Convent.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sandakan, Hanafie Hamadon, berkata, program JOTA-JOTI ini merupakan platform terbaik untuk meningkatkan kemahiran murid tentang komunikasi, pengurusan masa, STEM, interpersonal dan intrapersonal agar mereka dapat menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Global Inisiatif), Barmuli Parudin.

Menurut Barmuli, para ahli pengakap beruntung mengambil peluang menyertai program ini kerana mereka akan menerima markah penilaian kokurikulum (PAJSK) yang tinggi selain merasai Persaudaraan Pengakap yang luas dan global ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular