HomeIsu tempatanAlumni KTYS 'aset' kolej dalam beri sumbangan bakti kepada masyarakat

Alumni KTYS ‘aset’ kolej dalam beri sumbangan bakti kepada masyarakat

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu: Alumni Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) merupakan ‘aset’ kolej itu dalam memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat.

Ketua Eksekutif KTYS Datuk Tah Nia Jaman berkata, sumbangan itu adalah menerusi bidang pekerjaan yang mereka ceburi dan aktiviti menerusi persatuan atau secara individu. 

Justeru katanya, alumni kolej itu perlu menunjukkan contoh teladan yang baik dalam apa jua bidang pekerjaan yang diceburi kelak.

“Anda keluar dari keupayaan dan membawa cita-cita Sabah. Laksana tanggungjawab anda sebagai alumni dan bersama-sama memberi manfaat kepada orang lain,” katanya pada Majlis Makan Malam meraikan pelajar KTYS di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah KKYS Sdn. Bhd. Datuk Jasri @ Nasip Mat Jakir dan Presiden Alumni KTYS Datuk Mohd Pkhruddin Bian.

Pada majlis itu, turut disampaikan Anugerah Sri Bitara dan Anugerah Aspirasi Unggul kepada dua bekas pelajar kolej iaitu, Suzianah Jiffar, Timbalan Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri dan El Lizah Perdes Nelson, usahawan dan kontraktor.      

Dalam pada itu, Tah Nia menyifatkan persatuan alumni mempunyai peranan penting sebagai landasan kepada graduan dalam memberikan sumbangan kembali kepada kolej itu dan pada masa sumbangan kepada masyarakat.

“Kita boleh lihat hasil dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan kejayaan penglibatan alumni dalam masyarakat dan pekerjaan.

“Terbaharu, Persatuan Alumni KTYS mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri menerusi Presidennya (Datuk Mohd Pkhruddin) dianugerahkan pingat Kebesaran Negeri Panglima Gemilang Darjah Kinabalu…kejayaan beliau itu membawa nama baik kepada KTYS,” katanya lagi. 

Terdahulu, Mohd Pkhruddin pada ucapan alu-aluannya berkata, persatuan alumni itu akan terus memberikan sumbangan dan sokongan kepada kolej itu sejajar dengan matlamat penubuhannya.

Katanya, KTYS telah memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan yang berjaya dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negeri Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Inisiatif diambil untuk keselamatan pengguna, nafi tidak terima bantuan Kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular