HomeSukanLiga Super : Sabah FC mahu kekal konsisten

Liga Super : Sabah FC mahu kekal konsisten

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu: Sabah FC mahu kekal konsistem dalam setiap perlawanan bagi mengekalkan atau memperbaiki kedudukan pasukan pada saingan Liga Super musim ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, pada masa ini masih terlalu awal untuk memikirkan soal kedudukan pasukan dalam carta liga memandangkan perlawanan Liga Super masih pada pertengahan musim.

“Masih lagi awal, hanya pertengahan musim. Untuk kita mengekalkan kedudukan kita ataupun memperbaiki, kita harus konsisten. Saya ingin tumpukan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan sebelum kita memikirkan untuk menjadi tempat pertama, kedua ataupun ketiga.

“Tapi yang penting ialah kita perlu memastikan setiap perlawanan kita bermain secara konsisten dan mendapatkan keputusan yang baik,” katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC, di Stadium Likas malam tadi.

Sabah kini kembali menduduki tangga ketiga carta Liga Super musim ini dengan mengumpul 23 mata, berada di belakang Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kedudukan Skuad Badak sebelum ini jatuh hingga ke tangga kelima dan keenam, namun kembali naik ke tangga ketiga selepas melakar kemenangan hatrik ketika menentang Perak FC dan Penang FC di tempat lawan, seterusnya menang ke atas KDA FC, malam tadi.

Dalam aksi di Stadium Likas, malam tadi, Sabah FC membelasah KDA dengan jaringan 5-2 setelah mendapat peluang yang baik menambah empat gol pada separuh masa kedua, berbanding hanya satu gol pada babak pertama. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular