HomeUtamaLebih 500 tapak pameran dibuka sempena BOHEX 21-25 Disember 2024 di SICC

Lebih 500 tapak pameran dibuka sempena BOHEX 21-25 Disember 2024 di SICC

Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Lebih 500 buah tapak pameran akan dibuka sempena Borneo International Halal Exhibition (BOHEX) pada tahun ini yang julung kalinya dibuat bagi menaikkan industri halal di Borneo.

Penganjuran BOHEX yang dijadualkan selama lima hari itu bermula pada 21 hingga 25 Disember 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Penganjuran BOHEX ini melibatkan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Eminent Source Sdn. Bhd. dan juga beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Acara perasmian BOHEX dijangka akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengurus Urusan Eminent Source Sdn. Bhd. Mohd Arieff Hafizi Mohd Hashim berkata, sebanyak lapan buah negara telah menunjukkan minat untuk menyertai BOHEX iaitu Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, China, Thailand, Jepun, Arab Saudi dan juga Kemboja yang mana jemputan ini telahpun dihantar kepada mereka oleh pihak JAKIM.

Katanya, penganjuran BOHEX pada kali ini akan mempamerkan tema dan idea-idea yang baharu dalam penganjurannya.

“BOHEX pada kali ini akan menampilkan sedikit perubahan dari segi susun atur acara dan juga pengkongsian ilmiah serta pendekatan teknologi yang pelbagai yang melibatkan Industri halal.

“Selain itu, kami juga akan mempamerkan beberapa artis tempatan yang pihak BOHEX akan umumkan pada media sosial rasmi iaitu di laman Facebook (BOHEX 2024), TikTok (bohexofficialmy), Instagram (BOHEXOFFICIAL) dan Website (bohex. com.my).

“BOHEX juga akan turut menyediakan Cabutan Bertuah yang pelbagai antaranya sebuah kereta jenis Perodua Axia, Bezza, motosikal dan peralatan kelengkapan rumah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Mohd Arieff, pihaknya mensasarkan 100,000 pengunjung selama lima hari acara diadakan.

“Justeru, untuk kemudahan para pengunjung kita juga ada menyediakan perkhidmatan shuttle bas secara percuma yang meliputi enam kawasan iaitu dari Suria Sabah, Imago,1 Borneo, ITСС, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Hotel Pan Borneo Putatan,” ujarnya.

Hadir sama Pengarah BOHEX Anuar Helmee Mohd Noor dan Pengurus dan Tugas-Tugas Khas Eminent Source Sdn. Bhd. Muhammad Adnan Adam Ariffin.

Sebarang pertanyaan mengenai penganjuran BOHEX boleh berhubung di talian 013-9951645 dan 088-210314.

RELATED ARTICLES
Utama

Tambah baik jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular