HomeUtamaElak motosikal keluar simpang, pemandu Toyota Hilux hilang kawalan langgar 5 kenderaan

Elak motosikal keluar simpang, pemandu Toyota Hilux hilang kawalan langgar 5 kenderaan

Read Time:59 Second

SANDAKAN: Gara-gara cuba mengelak sebuah motosikal keluar dari simpang, pemandu pacuan empat roda hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar lima buah kenderaan yang diletak di bahu jalan di Jalan Leila, Kampung Combo dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 pagi itu seorang pemandu pacuan empat roda pick-up jenis Toyota Hilux, berumur 35 tahun cedera ringan setelah kenderaan yang dipandunya terlibat kemalangan terbabas sendiri di Jalan Leila, Kg. Combo.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati, sebelum kemalangan berlaku, kenderaan pacuan empat roda tersebut bergerak dari arah bandar Sandakan menuju ke Tanah Merah, Sandakan.

“Tiba di lokasi kemalangan, sebuah motosikal telah keluar daripada simpang Kg. Combo, masuk ke jalan utama dan di laluan pick-up jenis Toyota Hilux.

“Pemandu Toyota Hilux cuba mengelak namun telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar lima buah kenderaan lain yang diletakkan di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Fuad, akibat kemalangan itu, pemandu telah di bawa ke Hospital Dutchess of Kent dan disahkan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kes disiasat dibawah Sek 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,'” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji arah JKR Negeri untuk lebih proaktif dalam menyelesaikan isu ‘jalan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular