HomeUtamaPICK: Kerjasama Erat Petugas & Pemimpin Setempat Menjadi Faktor Bantu Beaufort Capai...

PICK: Kerjasama Erat Petugas & Pemimpin Setempat Menjadi Faktor Bantu Beaufort Capai Imuniti Kelompok

Read Time:1 Minute, 28 Second

MEMBAKUT : Usaha gigih petugas kesihatan, ketua-ketua masyarakat dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di daerah ini menjadi antara faktor membantu Beaufort sebagai daerah pertama di Sabah mecapai tahap imuniti kelompok.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, tahap imuniti 107 peratus turut disumbang oleh penduduk di daerah Kecil Membakut yang dicapai lebih awal berbanding sasaran.

“Kita bersyukur apabila Beaufort diumumkan sebagai daerah pertama mendapat peratusan tertinggi imuniti kelompok dengan 107 peratus. Ia meliputi jumlah 52,000 penduduk berusia 18 tahun ke atas yang telah mendaftar dan telah lengkap dua dos vaksinasi COVID-19.

“Jumlah 52,000 ini juga termasuk warga asing yang berada di daerah Beaufort dan kita mencapai sasaran lebih awal iaitu pada awal September berbanding  jangkaan Oktober depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni para petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kesenian Islam, disini kelmarin.

Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, peratusan tinggi itu disumbang oleh penduduk di daerah kecil Membakut menerusi PPV yang salah satunya berada di Membakut dan satu lagi di Pekan Beaufort.

“Kita berterima kasih kepada para petugas, ketua-ketua serta para pemimpin masyarakat yang menjalankan pendaftaran ke kampung-kampung menggunakan borang secara manual.

“Malah, kaedah ini terbukti membolehkan kita mencapai sasaran imuniti kelompok
dengan berkesan,” katanya.

Ramlan (kiri) menyampaikan replika cek bantuan zakat daripada MUIS kepada Abdul (kanan) sambil disaksikan Arifin.

Terdahulu, Arifin menyampaikan bantuan zakat daripada Pusat Zakat Sabah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)  berjumlah RM13,000 kepada 26 mangsa banjir di Pejabat Daerah Kecil Membakut.

Yang turut hadir ialah Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun, Penolong Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki, Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali dan Ketua Penolong Setiausaha Zakat dan Fitrah, Iwansuzairie Hari./Penerangan-  

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular