HomeIsu tempatanFPSK UMS ke Indonesia fokus kerjasama akademik, klinikal serantau

FPSK UMS ke Indonesia fokus kerjasama akademik, klinikal serantau

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan rasmi ke Universitas Indonesia Jakarta dan Universitas Padjadjaran Bandung, baru-baru ini.

Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FPSK UMS, Profesor. Madya Dr. Fairrul Masnah @ Kadir berkata program itu antara lain bertujuan sebagai penanda aras dalam bidang akademik dan klinikal, di samping mempromosikan FPSK UMS dan menggalakkan kerjasama antara kedua-dua institusi di masa hadapan.

Katanya, lawatan ini membuka peluang kepada UMS untuk menimba pengalaman berharga serta menyaksikan kemajuan luar biasa yang dicapai kedua-dua universiti sejak era pra-perang.

“Kedua-dua institusi memberikan sambutan yang hangat dan menunjukkan hospitaliti yang luar biasa.

“Di Universitas Indonesia, kami terpegun dengan faktor-faktor yang menyumbang kepada statusnya sebagai universiti terbaik di Indonesia. Jabatan Radiologi mempunyai 18 pakar radiologi, yang mana 90 peratus memiliki subspecialty tunggal atau berganda, dan dilengkapi dengan teknologi pengimejan perubatan terkini.

“Di samping itu, pasukan oftalmologi juga telah mencipta kit saringan mata yang inovatif, setanding dengan kit yang terkenal di pasaran.

“Begitu juga, lawatan kami ke Universitas Padjadjaran mendedahkan bakat dan kemudahan perubatan yang luar biasa, terutama di Pusat Mata Kebangsaan Cicendo Indonesia, yang mempunyai bilik bedah, klinik, dan bilik saringan serta penilaian klinikal yang canggih,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan.

Kedua-dua institusi turut menyatakan harapan yang tinggi untuk menjalin kerjasama dengan UMS dalam pelbagai bidang termasuk penyelidikan, penerbitan, kursus, serta pertukaran pelajar dan kakitangan.

Kerjasama ini bukan sahaja mencerminkan komitmen UMS dalam memajukan pendidikan dan amalan perubatan tetapi juga mengukuhkan hubungan akademik antara Malaysia dan Indonesia dalam meningkatkan taraf pendidikan dan kesihatan sejagat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular